
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebuah syarikat automotif di Selangor mencari individu berkemahiran tinggi untuk menjadi penghubung antara pelanggan dan pasukan teknikal. Tugas utama termasuk menerima kenderaan, menjelaskan kerja servis, dan memastikan kepuasan pelanggan. Calon yang ideal mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan pengetahuan tentang automotif adalah satu kelebihan.
Menerima kenderaan pelanggan dan mengenal pasti keperluan servis atau pembaikan.
Memberi penjelasan yang jelas kepada pelanggan mengenai kerja-kerja servis, kos anggaran dan tempoh masa siap.
Menjadi penghubung antara pelanggan dan pasukan teknikal/bengkel.
Menyediakan dan mengemaskini rekod servis, invois serta dokumen berkaitan.
Membuat susulan dengan pelanggan mengenai status kenderaan dan memastikan kepuasan pelanggan.
Memastikan pematuhan kepada prosedur dan standard syarikat.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu (Bahasa Inggeris satu kelebihan).
Berpersonaliti menarik, bertanggungjawab dan berorientasikan pelanggan.
Mempunyai pengetahuan asas automotif adalah satu kelebihan.