HD Group Sdn. Bhd., sebuah organisasi yang komited terhadap kecemerlangan dan integriti dalam pembangunan hartanah, sedang mencari Senior Project Manager berpengalaman untuk mengetuai dan mengawal pelaksanaan projek pembangunan hartanah secara menyeluruh, selari dengan objektif strategik dan standard profesional syarikat.
Mengurus dan memastikan semua kelulusan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan diperoleh mengikut keperluan undang-undang dan peraturan.
Menyediakan, mengawal dan memantau bajet projek termasuk pengurusan kos, variasi dan tuntutan kontrak.
Memantau kemajuan projek bagi memastikan pematuhan terhadap jadual, bajet, spesifikasi teknikal dan standard kualiti.
Memberi kepimpinan, bimbingan dan hala tuju kepada pasukan projek bagi memastikan prestasi optimum.
Skop Tanggungjawab
- Mengetuai keseluruhan kitaran projek pembangunan hartanah daripada peringkat perancangan strategik sehingga penyerahan akhir projek.
- Bertindak sebagai rujukan utama (key focal point) antara pihak pengurusan tertinggi, pasukan dalaman, perunding profesional dan kontraktor.
- Mengurus dan memastikan semua kelulusan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan diperoleh mengikut keperluan undang-undang dan peraturan.
- Melaksanakan penilaian tapak sebelum pembinaan (pre-construction assessment) serta menyediakan laporan teknikal, pelan pelaksanaan dan mitigasi risiko.
- Menyediakan, mengawal dan memantau bajet projek termasuk pengurusan kos, variasi dan tuntutan kontrak.
- Mengetuai proses tender, penilaian, rund serta pelantikan kontraktor dan pembekal utama.
- Memantau kemajuan projek bagi memastikan pematuhan terhadap jadual, bajet, spesifikasi teknikal dan standard kualiti.
- Melaksanakan kawalan kualiti melalui pemeriksaan tapak secara berkala serta menyediakan laporan kemajuan strategik kepada pihak pengurusan.
- Memastikan semua aktiviti projek mematuhi polisi HD Group, undang-undang, peraturan serta piawaian industri pembinaan.
- Memberi kepimpinan, bimbingan dan hala tuju kepada pasukan projek bagi memastikan prestasi optimum.
Kelayakan & Keperluan
- Ijazah Sarjana Muda dalam Senibina, Pengurusan Pembinaan, Perancangan Bandar, Kejuruteraan Awam atau bidang berkaitan.
- Minimum 7–10 tahun pengalaman dalam pengurusan projek dan pembinaan, khususnya dalam pembangunan hartanah.
- Rekod prestasi terbukti dalam mengurus projek berskala sederhana hingga besar, termasuk pembangunan berbilang fasa atau bangunan bertingkat.
- Mempunyai keupayaan kepimpinan strategik, pengurusan risiko dan penyelarasan pelbagai pihak berkepentingan.
- Kemahiran komunikasi, perundingan dan membuat keputusan pada tahap eksekutif.
- Mahir menggunakan Microsoft Office; pengalaman dengan MS Project, AutoCAD atau Primavera adalah satu kelebihan.
- Bersedia melakukan lawatan tapak projek mengikut keperluan operasi.