Enable job alerts via email!
Sebuah syarikat penghantaran di Alor Merah sedang mencari pemandu lori berpengalaman. Tanggungjawab termasuk memandu lori untuk penghantaran, menguruskan muatan dengan baik, dan mematuhi peraturan jalan raya. Pemohon mesti mempunyai lesen GDL yang sah dan kemahiran komunikasi yang baik. Kerja ini melibatkan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan mengikut jadual.
Memandu lori untuk menghantar barang ke destinasi yang ditetapkan mengikut jadual yang diberikan oleh majikan atau syarikat.
Pastikan muatan diuruskan dengan betul supaya tidak berlebihan.
Patuhi arahan penghantaran dan peraturan jalan raya sepanjang perjalanan.
Menyampaikan barang ke penerima yang betul dan pastikan proses penyerahan barang dilakukan dengan baik.
Memandu lori untuk menghantar barang ke destinasi yang ditetapkan mengikut jadual yang diberikan oleh majikan atau syarikat.
Pastikan muatan diuruskan dengan betul supaya tidak berlebihan.
Patuhi arahan penghantaran dan peraturan jalan raya sepanjang perjalanan.
Menyampaikan barang ke penerima yang betul dan pastikan proses penyerahan barang dilakukan dengan baik.
Memeriksa muatan lori sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan selamat.
Memeriksa keadaan lori sebelum setiap perjalanan untuk memastikan ia dalam keadaan baik. Ini termasuk memeriksa:
Tekanan tayar
Cecair (minyak enjin, minyak brek, air radiator)
Brek dan sistem lampu
Sistem ekzos dan pelinciran
Jika terdapat masalah kecil atau kerosakan, lakukan penyelenggaraan asas seperti menukar tayar, menambah minyak, atau melaporkan kerosakan kepada pihak syarikat untuk pembaikan lanjut.
Jika berlaku kerosakan besar semasa perjalanan, pemandu perlu menghubungi pihak penyelenggaraan atau pihak pengurusan untuk mendapatkan bantuan.
Mengikut jadual penghantaran dan melapor sebarang kelewatan atau masalah semasa perjalanan.
Menyediakan laporan perjalanan yang merangkumi waktu masuk dan keluar, lokasi penghantaran, serta jumlah barangan yang dihantar.
Mengelakkan pemanduan berisiko tinggi atau melanggar undang-undang jalan raya yang boleh menjejaskan keselamatan diri, barang, dan orang lain.
Menggunakan GPS atau peta untuk mencari jalan yang lebih pantas atau selamat mengikut keadaan semasa.
Berkomunikasi dengan pihak pengurusan atau penerima barang untuk memastikan penghantaran berjalan lancar.
Menyampaikan sebarang maklumat penting atau kemas kini berkaitan perjalanan kepada pihak syarikat.
Lesen GDL (Goods Driving License) yang sah.
Kemahiran memandu lori dan pengetahuan tentang cara-cara mengendalikan lori 7 tan.
Keupayaan untuk menguruskan masa dengan baik dan memenuhi tarikh penghantaran.
Pengetahuan keselamatan jalan raya dan cara-cara mengelakkan kemalangan.
Keupayaan untuk menangani situasi kecemasan seperti kerosakan kenderaan atau kemalangan.
Kemahiran komunikasi untuk berurusan dengan pelanggan dan pengurus syarikat.