
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebuah syarikat yang dinamik di Selangor, Malaysia, sedang mencari individu yang bertanggungjawab untuk mengisi jawatan penuh dalam Sumber Manusia/Pentadbiran. Calon yang sesuai harus mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu tahun, kemahiran dalam perakaunan, serta penguasaan Microsoft Office. Tugas utama termasuk pengurusan rekod kewangan harian, penyediaan laporan kewangan, dan proses pembayaran gaji. Graduan baru yang berminat dialu-alukan.
Masa Bekerja : 8.30 Pagi hingga 6 Petang (Isnin - Jumaat)
Boleh bekerja lebih masa jika pihak syarikat memerlukan
Mempunyai penampilan yang kemas dan menarik
Menepati masa dan boleh menerima teguran pihak atasan berjiwa kental dan tahan lasak dan hati bukan tisu dan mudah koyak,
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 (Satu) tahun pengalaman berkaitan bidang penugasan Sumber Manusia (HR) / Pentadbiran & Perakaunan
Jawatan kerja adalah tetap (Fulltime)
Mempunyai sifat tanggungjawab, kejujuran dan kesetiaan yang tinggi kepada syarikat.
Kadar gaji adalah berdasarkan kelayakan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam bidang berkaitan Sumber Manusia (HR) / Pentadbiran & Perakaunan.
Kemahiran asas dalam perakaunan, termasuk penyediaan laporan kewangan dan penyimpanan rekod.
Pengalaman atau pengetahuan dalam pengurusan gaji (payroll) adalah satu kelebihan.
Kemahiran dalam memberikan sokongan pentadbiran, termasuk pengurusan fail dan penyediaan dokumen.
Mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office (Word, Excel) dan perisian perakaunan asas (SQL)
Sesuai untuk graduan baru (fresh graduates) yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan dan HR.
Menguruskan rekod perakaunan harian, termasuk memasukkan data ke dalam sistem perakaunan dan memastikan ketepatan maklumat.
Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan yang tepat untuk semakan pihak pengurusan.
Menguruskan proses pembayaran gaji pekerja, termasuk pengiraan gaji, potongan, dan caruman berkanun seperti KWSP, PERKESO, dan EIS.
Menyediakan sokongan pentadbiran kepada jabatan lain, termasuk menguruskan surat-menyurat, menjawab panggilan telefon, dan menyusun dokumen.
Membantu dalam penyediaan dan pengemaskinian rekod dan fail pekerja serta memastikan kerahsiaan maklumat sulit syarikat.