Job Description
Tanggungjawab Utama Jurutera QA/QC:
- Menjalankan kawalan kualiti di tapak projek bagi memastikan semua kerja pembinaan dijalankan mengikut pelan, spesifikasi teknikal, dan piawaian JKR/CIDB yang ditetapkan.
- Menyediakan dan menyemak dokumen QA/QC seperti Inspection & Test Plan (ITP), Method Statement, Checklist, Material Approval, dan laporan ujian makmal. Menyediakan Borang SPB.
- Melaksanakan pemeriksaan tapak (site inspection) bersama wakil perunding, jurutera, dan kontraktor.
- Menyelaras dan mengesahkan laporan ujian bahan (concrete cube test, soil compaction test, asphalt test, dsb.) dengan pihak makmal yang bertauliah.
- Memastikan rekod kualiti projek (QA/QC records) disimpan dan dikemaskini dengan teratur untuk tujuan audit dan serahan projek.
- Melapor sebarang ketidakpatuhan (Non‑Conformance Report, NCR) dan mengambil tindakan pembetulan (Corrective Action) dengan segera.
- Menyokong pasukan projek dalam memastikan semua kerja siap mengikut jadual.
- Menyertai mesyuarat tapak.
Kelayakan Minimum:
Ijazah atau Diploma dalam Kejuruteraan Awam/Pembinaan / bidang berkaitan.
Tanggungjawab Utama Jurutera:
- Menyelia dan menyelaras kerja-kerja pembinaan di tapak bagi memastikan ia dijalankan mengikut lukisan kejuruteraan, spesifikasi.
- Memantau kemajuan projek dan menyediakan laporan harian, mingguan serta bulanan kepada pengurus projek.
- Menyemak lukisan, kuantiti bahan dan spesifikasi kerja bagi memastikan ketepatan sebelum pelaksanaan di tapak.
- Menyelia kontraktor dan subkontraktor untuk memastikan mutu kerja dan keselamatan di tapak dipatuhi.
- Menyelesaikan masalah teknikal di tapak dengan berunding bersama jurutera perunding dan pihak klien jika perlu.
- Menyediakan dan menyemak dokumen teknikal projek, termasuk borang pemeriksaan (site inspection form), laporan ujian, dan dokumentasi QA/QC.
- Memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan (OSHA/CIDB) dan prosedur kualiti syarikat.
- Menyertai mesyuarat tapak dan memberi maklum balas terhadap isu‑isu teknikal, kemajuan kerja, serta cadangan penambahbaikan.
Kelayakan Minimum:
Ijazah atau Diploma dalam Kejuruteraan Awam/Pembinaan / struktur atau bidang berkaitan.
Tanggungjawab Utama SHO:
- Memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA 1967), serta semua peraturan yang berkaitan dengan keselamatan di tapak pembinaan.
- Menyediakan, melaksanakan, dan menyemak Pelan Keselamatan & Kesihatan (Safety & Health Plan) bagi setiap projek.
- Melakukan pemeriksaan keselamatan tapak (site safety inspection) secara berkala untuk mengenalpasti risiko dan mengambil tindakan pencegahan segera.
Kelayakan minimum:
Sijil / Diploma / Ijazah dalam Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau bidang berkaitan, Berdaftar dengan DOSH & WAJIB memiliki GREEN BOOK yang diiktiraf DOSH.
Job Details
Job Info & Requirement Contract Type: Full‑time
Job Type: Executive
Experience Level: 5‑10 years, 3‑5 years
Job Categories: Construction
Minimum Education Required:
- Jurutera/Jurtera QA/QC: Ijazah atau Diploma dalam Kejuruteraan Awam / Pembinaan / bidang berkaitan.
- SHO: Sijil / Diploma / Ijazah dalam Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau bidang berkaitan.
Language Required: English, Bahasa Malaysia
Nationality Preferred: All Nationalities
Gender Preferred: All Genders
Own Transport: None
Salary & Other benefits
RM 3,000 to RM 5,000 per month