Job Search and Career Advice Platform

Enable job alerts via email!

Foreman

Sin Thye Management Sdn Bhd

Kluang

On-site

MYR 100,000 - 150,000

Full time

Yesterday
Be an early applicant

Generate a tailored resume in minutes

Land an interview and earn more. Learn more

Job summary

Sebuah syarikat pengurusan ladang di Johor mencari Foreman untuk mengetuai penyelenggaraan pencegahan, pembaikan, dan baik pulih jentera pertanian. Calon harus mempunyai kemahiran teknikal yang kuat dan bersedia bekerja dalam persekitaran ladang. Tanggungjawab termasuk melaksanakan servis, memimpin pasukan kecil mekanik, dan memastikan semua pembaikan memenuhi piawaian kualiti.

Qualifications

  • Kemahiran teknikal yang kuat dalam servis dan baik pulih traktor dan jentera.
  • Sanggup bekerja di persekitaran ladang dengan pendekatan hands-on.
  • Sihat tubuh badan untuk kerja-kerja pembaikan.

Responsibilities

  • Melaksanakan penyelenggaraan pencegahan pada kenderaan ladang.
  • Melakukan pembaikan jentera dan baik pulih enjin.
  • Mengagihkan tugas kepada pasukan dan memastikan disiplin bengkel.

Skills

Kemahiran teknikal dalam servis dan pembaikan
Kemahiran mengimpis (welding)
Kemahiran fabrikasi
Kemahiran memesin (machining)
Job description
Overview

Tujuan Jawatan: Mengetuai dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance), pembaikan, dan baik pulih (overhaul) jentera, kenderaan, dan peralatan ladang. Foreman harus memastikan operasi bengkel berjalan lancar dengan melakukan kerja teknikal secara praktikal (hands-on) sambil menyelia pasukan kecil mekanik dan pembantu.

Tugas, Tanggungjawab, dan Akauntabiliti
  • Penyelenggaraan Pencegahan (PM) & Servis:
    • Melaksanakan servis biasa, minor (kecil), dan major (besar) pada kenderaan ladang, traktor, set generator (genset), dan jentera pertanian mengikut jadual.
    • Melakukan penukaran minyak dan penapis, pelinciran, pemeriksaan, serta pelarasan.
    • Memastikan senarai semak (checklist) servis dipatuhi dan rekod dikemas kini dengan betul.
  • Pembaikan Jentera & Baik Pulih (Overhaul):
    • Melaksanakan diagnosis dan pembaikan sistem mekanikal, hidraulik, dan elektrik pada jentera ladang.
    • Melaksanakan baik pulih enjin, pembaikan kotak gear, penukaran pam hidraulik, dan kerja-kerja utama lain apabila diperlukan.
    • Memastikan semua pembaikan memenuhi piawaian kualiti dan jentera dikembalikan ke keadaan kerja yang selamat dan boleh dipercayai.
  • Inventori & Penggunaan Bahan:
    • Melaporkan kekurangan alat ganti, pelincir, atau peralatan bagi memastikan perolehan dilakukan tepat pada masanya.
  • Penyimpanan Rekod & Pelaporan:
    • Melaporkan masalah yang berulang atau kerosakan luar biasa kepada Penyelia Bengkel.
  • Penyeliaan Pasukan & Latihan:
    • Mengagihkan tugas secara adil dan memastikan kerja disiapkan dengan cekap.
    • Menguatkuasakan disiplin bengkel dan amalan keselamatan.
Kemahiran, Pengetahuan, dan Keperluan Lain
  • Kemahiran teknikal yang kuat dalam servis, pembaikan, dan baik pulih (overhaul) traktor, kenderaan, set generator (genset), dan jentera perladangan.
  • Kemahiran mengimpis (welding), fabrikasi, dan memesin (machining) adalah satu kelebihan.
  • Sanggup bekerja di persekitaran ladang dengan pendekatan praktikal (hands-on).
  • Sihat tubuh badan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di bengkel dan di lapangan.
  • Berdisiplin, mementingkan keselamatan, dan boleh dipercayai.
Get your free, confidential resume review.
or drag and drop a PDF, DOC, DOCX, ODT, or PAGES file up to 5MB.