
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebuah organisasi kerajaan negeri di Negeri Sembilan sedang mencari Penolong Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia. Tugas termasuk membantu dalam pengurusan pejabat, proses sumber manusia, dan permohonan perolehan kecil. Calon yang sesuai mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan dan pengalaman minimum 1-2 tahun. Kemahiran komunikasi yang baik, proaktif, dan kemampuan bekerja secara berdikari adalah penting.
Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation) – Negeri Sembilan
Senarai tugas dan tanggungjawab (Job Description):
Membantu dalam mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran pejabat termasuk penyediaan surat-menyurat, dokumentasi, memo dan rekod rasmi
Membantu dalam pelaksanaan proses sumber manusia seperti pengambilan (recruitment), orientasi kakitangan baharu serta pengurusan fail perkhidmatan kakitangan
Membantu melaksanakan permohonan perolehan kecil (procurement), inventori pejabat dan penyelenggaraan aset pentadbiran
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan jabatan.
Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia atau bidang berkaitan
Mempunyai pengalaman minimum 1-2 tahun dalam bidang pentadbiran atau sumber manusia
Mempunyai Kemahiran komunikasi yang baik dan berupaya berurusan dengan pelbagai peringkat kakitangan serta pihak luar
Berdisiplin, proaktif dan mampu bekerja secara berdikari atau sebagai ahli pasukan.