TANGGUNGJAWAB UTAMA
A. PURCHASER (PEMBELIAN)
- Mengenal pasti keperluan alat ganti, minyak enjin, aksesori, dan barangan bengkel.
- Membuat pesanan pembelian (Purchase Order) kepada pembekal yang diluluskan.
- Bermbanding harga, kualiti dan tempoh penghantaran daripada pembekal.
- Berurusan dengan pembekal berkaitan harga, stok, kredit dan penghantaran.
- Memastikan barang dibeli mengikut bajet dan keperluan bengkel.
- Menyimpan rekod pembelian, invois dan resit dengan teratur.
- Melaporkan pembelian kepada Pengurus/Pemilik bengkel.
B. STOREKEEPER (STOR & INVENTORI)
- Menerima, memeriksa dan merekod semua barang masuk.
- Memastikan stok disusun dengan kemas dan selamat di stor.
- Mengemaskini rekod inventori (stok masuk, stok keluar dan baki).
- Mengeluarkan stok kepada mekanik mengikut permintaan yang diluluskan.
- Memantau paras stok minimum dan memaklumkan keperluan pembelian.
- Melaksanakan kiraan stok (stock take) secara berkala.
- Mengelakkan pembaziran, kehilangan atau kerosakan stok.
C. TUGAS AM
- Bekerjasama dengan mekanik dan pentadbiran bengkel.
- Memastikan kebersihan dan susun atur stor sentiasa terjaga.
- Mematuhi prosedur dan polisi bengkel.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
KELAYAKAN & KEMAHIRAN
- Berpengalaman dalam pembelian dan pengurusan stor (diutamakan).
- Mempunyai pengetahuan asas alat ganti motosikal.
- Berdisiplin, jujur dan bertanggungjawab.
- Mahir merekod dan mengurus stok (manual / sistem).
- Boleh bekerja secara berdikari dan berpasukan.
Be careful - Don’t provide your bank or credit card details when applying for jobs. Don't transfer any money or complete suspicious online surveys. If you see something suspicious, report this job ad .