Municipal Government of Petaling Jaya – Petaling
Requirement
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- i. Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan: Gred U5 – RM1,974.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Responsibility
DESKRIPSI TUGAS
- Menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam terhadap kes Penyakit Bawaan Vektor yang dinotifikasi bagi mengenal pasti punca jangkitan.
- Melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan Penyakit Bawaan Vektor seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), Semburan Ruang Thermal (SRT) dan Semburan Ruang Ultra Low Volume (ULV).
- Menggerakkan penglibatan komuniti dalam membasmi Penyakit Bawaan Vektor melalui komunikasi dan kerjasama dengan Kumpulan SEDAR bagi menggalakkan perubahan tingkah laku komuniti.
- Membantu melaksanakan pemeriksaan penggredan serta penutupan premis yang tidak sanitasi bagi mencapai sasaran kerja yang ditetapkan.
- Membantu melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan di Pasar Awam, Pasar Pagi, Pasar Malam, gerai, kiosk dan petak Majlis mengikut arahan PPKPK dan jadual kerja yang ditetapkan.
- Membantu menjalankan pemeriksaan terhadap prem Pasar, Gerai dan Kiosk yang Tidak Berniaga Sendiri (TBS) dan Tidak Berniaga Langsung (TBL).
- Menjalankan operasi penguatkuasaan penutupan premis makanan yang tidak mematuhi tahap sanitasi.
- Menjalankan pemeriksaan ke atas pusat kesihatan, pusat kecantikan dan pusat-pusat hiburan.
- Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang termasuk pengeluaran notis, kompaun dan tindakan mahkamah bagi kesalahan di bawah undang-undang kecil.
- Menyelia pemprosesan permohonan lesen baharu dan lesen susulan bagi semua jenis premis makanan serta memberi ulasan sokongan kesihatan bagi memastikan pematuhan Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MBPJ) 2007.
- Menyelia aktiviti pengambilan sampel makanan mengikut ketetapan JKNS untuk analisis mikrobiologi dan kimia serta penghantaran ke Jabatan Kimia Malaysia.
- Menyelia aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas premis makanan termasuk kantin sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), hospital, kilang dan pejabat kerajaan.
- Mengaplikasikan kemahiran penggunaan komputer dan aplikasi terkini dalam semua tugasan jabatan.
Benefits
- Tarikh Tutup Iklan : 21 Januari 2026
Be careful - Don’t provide your bank or credit card details when applying for jobs. Don't transfer any money or complete suspicious online surveys. If you see something suspicious, report this job ad .