Enable job alerts via email!
Sebuah syarikat katering sedang mencari individu untuk menguruskan stok dan peralatan di stor. Tanggungjawab termasuk membeli dan menghantar barang, memunggah dan menyusun, serta memastikan semua peralatan dalam keadaan baik. Pengalaman dalam pengurusan inventori adalah diutamakan. Peluang untuk bekerja dalam suasana yang dinamik di Selangor.
Membeli barang di kedai yang telah ditetapkan
Menghantar barang tersebut ke stor HQ
Memunggah barang yang telah dibeli dan membawa masuk kedalam stor
Menyusun atur semua barang di stor
Mengira baki stok & melaporkan stok yang berada di bawah paras kuantiti minimum
Melaporkan stok yang rosak
Membuat kiraan inventory dan merekod (in, total, out, balance)
Mengasingkan stock yang tidak berkualiti / rosak dan rekod dalam file wastage
Memastikan rak, bekas penyimpanan, chiller dan freezer berada dalam keadaan baik dan laporkan sekiranya rosak
Menyusun peralatan yang telah dibersihkan (oleh part time / team servis) mengikut susunan yang telah ditetapkan
Memastikan peralatan catering berada dalam keadaan baik dan laporkan sekiranya ada peralatan rosak.
Membantu rakan sekerja
Melaksanakan semua tugasan yang berkaitan untuk mencapai misi & visi syarikat