
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Syarikat pemanduan mencari Pemandu untuk memberikan perkhidmatan pemanduan yang selamat dan profesional di Kuala Lumpur, Malaysia. Tugas termasuk memeriksa kenderaan, mematuhi undang-undang jalan raya, dan menguruskan rekod perjalanan. Pemohon perlu mempunyai lesen memandu kelas D & B2, disiplin tinggi, dan dapat menjaga kerahsiaan syarikat. Elaun perjalanan/OT juga disediakan.
Pemandu Syarikat bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pemanduan yang selamat, cekap dan profesional kepada pihak pengurusan serta memastikan semua urusan penghantaran dan pengambilan dokumen/barangan syarikat berjalan lancar. Individu ini juga perlu menjaga kenderaan syarikat agar sentiasa dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan jalan raya.
Melaksanakan pemeriksaan asas kenderaan sebelum dan selepas digunakan (minyak, air, tayar, lampu, bateri dan lain-lain).
Mematuhi semua undang-undang jalan raya dan memastikan keselamatan penumpang/barangan sepanjang perjalanan.
Menguruskan rekod perjalanan, penggunaan minyak, tol dan parkir secara sistematik.
Membantu dalam tugasan logistik dan operasi syarikat apabila diperlukan.
Melaksanakan apa-apa tugas tambahan yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Memiliki lesen memandu penuh yang sah (kelas D & B2; lesen E adalah kelebihan).
Mempunyai tahap disiplin yang tinggi, amanah, menjaga kerahsiaan syarikat dan boleh dipercayai.
Sihat tubuh badan, berpenampilan kemas, sopan dan profesional ketika bertugas.
Elaun perjalanan/OT disediakan.