
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebagai syarikat runcit utama di Kelantan, kami menawarkan peluang kepada individu yang berkemahiran dalam pemantauan dan pengurusan pameran SKU. Tugas termasuk memastikan pematuhan standard pameran, mengawal stok dan melaksanakan analisis prestasi produk. Kami mencari calon yang proaktif dan mampu mengambil tindakan segera untuk memastikan kejayaan operasi. Ini adalah peluang untuk menyumbang dalam persekitaran yang dinamik dan berkaliber tinggi.
Memastikan pameran SKU yang betul mengikut standard 10 prinsip pameran.
Memantau OOS, slow moving dan dead stock.
Memastikan pematuhan planogram & produktiviti rak.
Memastikan susunan SKU selari dengan kelajuan jualan dan keberkesanan penggunaan ruang.
Mengambil tindakan segera terhadap stok mati dan stok lama melalui clearance / mekanisme pemulangan yang sesuai.
Mengikut peraturan smart ordering – bukan agak-agak.
Menyelaras dengan HO bagi pembelian promosi / bermusim.
Memantau risiko overstock bagi SKU yang tidak menunjukkan prestasi.
Menggunakan data, bukan tabiat.
Mengutamakan SKU fast-moving dan berimpak tinggi dalam perancangan tambah stok (replenishment planning).
Memastikan toleransi sifar OOS bagi item fast-moving & margin tinggi.
Melaksanakan pemeriksaan kesiapsiagaan kedai setiap hari sebelum operasi bermula.
Ketepatan stok (sistem vs fizikal).
Menguatkuasakan FEFO bagi kategori segar dan sensitif tarikh luput.
Memantau SKU dan jabatan berisiko tinggi dengan lebih ketat.
Memperkukuh akauntabiliti melalui peringatan dan semakan SOP secara berkala.
Pemantauan jualan harian berbanding sasaran.
Mengenal pasti jurang awal, bukan di hujung bulan.
Menganalisis sumbangan kategori untuk mengenal pasti pemacu pertumbuhan dan kategori lemah.
Produk betul, harga betul, kuantiti betul.
Memastikan item promosi jelas kelihatan & sentiasa tersedia.
Menilai trend prestasi produk dan melaporkan isu lebih awal kepada HQ.
Zon jabatan & akauntabiliti yang jelas.
Tiada “blind spot” yang tidak diurus.
Melantik PIC yang jelas bagi setiap bahagian.
Menilai keberkesanan susun atur semasa waktu puncak dan luar puncak.
Memberi kuasa kepada PIC untuk menyelesaikan isu di tempat kejadian.
Memastikan kes aduan direkod dan disemak untuk penambahbaikan berterusan.