University Tenaga Nasional – Kajang, Selangor
Requirements
- Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana atau kelayakan lebih tinggi dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai rekod kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, penerbitan, atau perundingan.
- Graduan baharu peringkat Sarjana atau PhD adalah digalakkan untuk memohon.
- Pengalaman dalam amalan pengajaran inovatif serta integrasi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kelebihan.
- Berkebolehan menyampaikan kuliah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Sijil Training of Trainers (TOT) bagi kursus MPU.
- Pengetahuan berkaitan peraturan dan dokumentasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan satu kelebihan.
Responsibilities
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menjemput individu yang bersemangat dan berdedikasi untuk menyertai pasukan akademik dinamik kami dalam membentuk generasi graduan yang holistik dan versatil.
Kami sedang mencari calon yang berkelayakan bagi jawatan akademik dalam bidang berikut:
Specialisation Fields
- Mata Pelajaran Umum (MPU)
- Social Sciences
- Humanities
Task Details
- Menyampaikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi di peringkat prasiswazah, khususnya dalam bidang pengkhususan yang ditetapkan.
- Menyelia projek, disertasi, dan aktiviti penyelidikan pelajar.
- Menjalankan penyelidikan berimpak serta menerbitkan hasil kajian dalam jurnal bereputasi.
- Membangunkan dan mengemas kini bahan kursus selaras dengan perkembangan terkini industri dan akademik.
- Terlibat dalam aktiviti perundingan, pembangunan profesional, dan khidmat komuniti.
- Mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif jabatan dan universiti, termasuk tugasan pentadbiran seperti yang diarahkan oleh Ketua Jabatan (HOD) atau pihak Universiti.
- Menyokong penambahbaikan berterusan melalui kaedah pengajaran inovatif, termasuk pembelajaran teradun (blended learning) dan pendekatan flipped classroom.
Application Deadline
Advertisement Date: 12th January 2026 – 30th January 2026