
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebuah syarikat pengurusan di Johor, Malaysia, sedang mencari Personal Assistant (PA) untuk menjaga dan menguruskan anak-anak, memastikan persekitaran yang selamat dan rutin harian berjalan lancar. Calon harus berpengalaman sebagai PA dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan kanak-kanak. Tugas termasuk memantau aktiviti harian, membantu kerja sekolah yang ringan, dan menjadi sokongan kepada ibu bapa dalam hal keselamatan anak. Jawatan ini sesuai untuk individu yang bertanggungjawab dan beretika.
Jawatan ini memerlukan individu yang matang emosi, stabil, dan mampu bertindak sebagai ‘guardian support’ kepada anak-anak, bukan sekadar penjaga rutin
Kami mencari seorang Personal Assistant (PA) yang mempunyai minat dan kemahiran dalam pengurusan kanak-kanak, bukan untuk mengajar secara formal, tetapi untuk:
Mengurus, memantau, dan memastikan rutin harian berjalan lancar
Menjadi orang yang dipercayai sepenuhnya oleh keluarga pengarah
Memastikan persekitaran anak-anak sentiasa selamat dan bebas daripada risiko
Jawatan ini sesuai untuk individu yang faham peranan PA, beretika, dan bertanggungjawab.
Membuat laporan ringkas tentang aktiviti dan keselamatan harian anak kepada ibu/bapa pengarah
Memantau interaksi anak dengan orang lain dan menghalang sebarang situasi yang berpotensi berbahaya
Menyimpan rekod perubatan, alahan, atau keperluan khas anak jika ada
Mengurus dan menjaga anak-anak dengan penuh tanggungjawab
Mengurus rutin harian: makan, rehat, mandi, berpakaian, aktiviti & persediaan
Memantau dan membantu menyiapkan kerja sekolah secara ringan sahaja
Bukan mengajar secara formal atau menjadi tutor sepenuh masa
Mengiringi anak ke lokasi yang ditetapkan
Membantu dokumentasi aktiviti anak (gambar & video ringkas)
Pandai mengendalikan media sosial
Boleh mengendalikan situasi anak menangis, cedera ringan, atau panik dengan tenang
Berpengalaman sebagai Personal Assistant (PA)
Suka dan selesa mengurus kanak-kanak
Sabar, tegas, dan berdisiplin
Pengalaman dalam bidang tutor atau pengajaran (sekadar nilai tambah)
Pengalaman mengurus kanak-kanak secara langsung
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan kanak-kanak
Peranan pembelajaran hanyalah monitor & bantuan homework asas; kemampuan kreatif adalah bonus
Calon yang mencari jawatan mengajar sepenuh masa tidak sesuai
PA akan menjadi wakil ibu/bapa ketika anak berada di bawah jagaan, oleh itu integriti dan kepercayaan amat penting