Eine vollständige Bewerbung in einer Minute
Maßgeschneiderter Lebenslauf und Anschreiben – versandbereit.
DUNE AUTOPARTS di Kuala Lumpur mencari Penolong Khidmat Pelanggan untuk menyambut pelanggan secara langsung dan menjawab pertanyaan melalui telefon, WhatsApp, dan e-mel secara profesional. Tugas meliputi merekod pertanyaan, aduan, tempahan, serta penyediaan sebut harga berdasarkan kelulusan pihak berkaitan.
Anda akan memaklumkan perkembangan kerja kepada pelanggan, mengemas kini rekod invois, dan menyediakan laporan pentadbiran.
Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik dalam Bahasa Melayu serta berorientasikan pelanggan.
Mempunyai kemahiran pengurusan dokumen, pemfailan digital, rekod dan tarikh akhir yang baik.
Teliti dalam merekod maklumat pelanggan, menyediakan dokumentasi dan mengurus tindakan susulan.
Mampu mengurus pelbagai tugasan mengikut keutamaan serta bekerja secara individu dan berkumpulan.
Mempunyai pengalaman dalam khidmat pelanggan, kaunter hadapan (front desk) atau pentadbiran.
Mempunyai pengetahuan asas tentang penyediaan sebut harga (quotation), dokumen invois dan kemasukan data.
Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk urusan pelanggan dan dokumentasi.
Menyambut pelanggan yang hadir secara langsung (walk-in) serta menjawab pertanyaan melalui panggilan telefon, WhatsApp dan e-mel secara profesional.
Merekod dan mengurus pertanyaan, aduan serta tempahan pelanggan, termasuk memastikan tindakan susulan (follow-up) dibuat dengan sewajarnya.
Menyediakan dan menyampaikan sebut harga (quotation) kepada pelanggan berdasarkan maklumat serta kelulusan pihak berkaitan.
Memaklumkan perkembangan kerja atau status perkhidmatan kepada pelanggan berdasarkan maklumat yang diterima daripada bahagian Operasi.
Membantu memasukkan data invois, mengemas kini rekod dan menyediakan laporan pentadbiran berdasarkan dokumen yang telah diluluskan.
Memastikan semua rekod pelanggan dan dokumen syarikat disimpan secara sistematik serta mudah dirujuk.
Memberikan sokongan silang fungsi kepada bahagian pentadbiran, tender dan khidmat pelanggan mengikut keperluan operasi serta arahan pihak atasan.
Cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum berbayar mengikut kelayakan.
Tuntutan perubatan tertakluk kepada polisi syarikat.
Elaun kehadiran atau elaun tambahan tertakluk kepada kelayakan.
Latihan dan pembangunan kemahiran untuk meningkatkan kompetensi pekerja.
Rebat hari lahir kakitangan, tertakluk kepada terma syarikat.
Persekitaran kerja profesional serta peluang menimba pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan, pentadbiran dan pengurusan tender.