A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
DUNE AUTOPARTS sedang mencari pegawai pentadbiran berpengalaman untuk mengurus tugasan harian berkenaan pentadbiran, perkhidmatan pelanggan, dan pengurusan tender melalui sistem ePerolehan di Kuala Lumpur. Peran ini menuntut kemahiran organisasi yang tinggi serta kemampuan menyelia pasukan kecil.
Calon perlu mempunyai 2–3 tahun pengalaman dalam bidang tender atau perkhidmatan pelanggan, mahir Excel, dan mampu menyediakan dokumentasi yang kemas serta responsif terhadap pertanyaan pelanggan.
Mahir menggunakan Microsoft Office, terutamanya Microsoft Excel, serta mempunyai kemahiran pengurusan fail dan dokumentasi yang baik.
Mampu mengurus pelbagai tugasan, menetapkan keutamaan kerja dan memastikan setiap tugasan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Mempunyai kemahiran menyelia, membimbing dan menyelaras tugasan pasukan kecil.
Mempunyai pengalaman 2-3 tahun dalam bidang tender, pentadbiran atau khidmat pelanggan.
Mempunyai pengalaman mengetuai pasukan kecil atau bertindak sebagai Person-in-Charge (PIC).
Menyelaras dan melaksanakan tugasan harian berkaitan pentadbiran, khidmat pelanggan dan pengurusan tender melalui sistem ePerolehan.
Mengagihkan tugasan dan menetapkan keutamaan kerja kepada dua orang staf Admin cum Customer Service bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Memastikan pertanyaan pelanggan, sebut harga (quotation) dan tindakan susulan (follow-up) diuruskan dengan cekap dan profesional.
Memastikan semua dokumen pentadbiran dan tender difailkan secara sistematik serta mudah dirujuk.
Cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum berbayar mengikut kelayakan.
Tuntutan perubatan tertakluk kepada polisi syarikat.
Elaun kehadiran atau elaun tambahan tertakluk kepada kelayakan.
Latihan dan pembangunan kemahiran untuk meningkatkan kompetensi pekerja.
Rebat hari lahir kakitangan, tertakluk kepada terma syarikat.
Persekitaran kerja yang profesional dan peluang membina pengalaman dalam pengurusan tender, ePerolehan, pentadbiran serta khidmat pelanggan.