Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
KLINIK AL FATAH PARIT RAJA memerlukan jururawat berdaftar untuk menyertai pasukan klinik bagi penilaian pesakit, sokongan klinikal dan teknik IV cannulation. Pekerjaan ini menuntut profesionalisme, komunikasi baik dan keupayaan bekerja dalam persekitaran yang sibuk.
Anda akan terlibat dalam penilaian pesakit, penyediaan rawatan IV, pemberian ubat mengikut arahan doktor serta dokumentasi rekod yang tepat. Sijil APC dan pendaftaran LJM adalah syarat utama.
Mendapatkan maklumat berkaitan keadaan kesihatan dan sejarah perubatan pesakit apabila diperlukan.
Memantau keadaan pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan.
Memaklumkan kepada Pegawai Perubatan dengan segera sekiranya terdapat perubahan atau keadaan luar biasa pada pesakit.
Memberikan pendidikan kesihatan dan arahan penjagaan selepas rawatan kepada pesakit.
Melakukan pemasangan branula / kanula intravena (IV cannulation) dengan cekap dan selamat.
Menjalankan penilaian awal pesakit dan merekod tanda-tanda vital seperti tekanan darah, nadi, suhu badan dan paras oksigen.
Membantu Pegawai Perubatan semasa konsultasi, pemeriksaan dan prosedur rawatan.
Mendapatkan maklumat berkaitan keadaan kesihatan dan sejarah perubatan pesakit apabila diperlukan.
Memantau keadaan pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan.
Memaklumkan kepada Pegawai Perubatan dengan segera sekiranya terdapat perubahan atau keadaan luar biasa pada pesakit.
Memberikan pendidikan kesihatan dan arahan penjagaan selepas rawatan kepada pesakit.
Melakukan pemasangan branula / kanula intravena (IV cannulation) dengan cekap dan selamat.
Melakukan pemasangan saluran IV dan penyediaan IV drip mengikut arahan Pegawai Perubatan dan SOP klinik.
Memantau pesakit sepanjang rawatan IV.
Mengenal pasti tanda-tanda komplikasi seperti reaksi buruk, kebocoran saluran, bengkak atau masalah berkaitan akses IV dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut SOP.
Memberikan ubat-ubatan dan suntikan yang telah diarahkan oleh Pegawai Perubatan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Membantu menjalankan prosedur rawatan lain mengikut keperluan.
Menjalankan prosedur mengambil darah dan pengumpulan spesimen apabila diperlukan.
Memastikan semua prosedur klinikal direkodkan dengan tepat.
Membantu dalam perkhidmatan berkaitan:
Kesihatan Saraf
Kesihatan Muskuloskeletal (MSK)
Kesihatan Wanita
Menyediakan bilik rawatan dan peralatan sebelum prosedur dijalankan.
Membantu Pegawai Perubatan semasa pemeriksaan dan rawatan khusus.
Memberikan penerangan asas berkaitan persediaan dan penjagaan selepas rawatan dalam skop tugas dan kompetensi jururawat.
Menjaga privasi dan kerahsiaan pesakit, khususnya bagi kes-kes berkaitan kesihatan dan wanita.
Memberikan layanan yang mesra, profesional dan penuh empati kepada semua pesakit.
Memastikan pesakit berada dalam keadaan selesa dan mendapat perhatian yang sewajarnya sepanjang berada di klinik.
Memberikan penerangan yang jelas berkaitan prosedur, rawatan dan penjagaan selepas rawatan.
Mengendalikan pertanyaan dan kebimbangan pesakit secara profesional.
Memastikan kerahsiaan maklumat dan rekod pesakit sentiasa terpelihara.
Menyediakan dan memastikan bilik konsultasi serta bilik rawatan berada dalam keadaan bersih dan teratur.
Memastikan peralatan perubatan berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
Memantau stok ubat-ubatan, cecair IV, branula, set IV dan bahan guna habis klinikal.
Memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab sekiranya stok hampir habis.
Memastikan amalan pencegahan dan kawalan jangkitan dipatuhi.
Memastikan pelupusan sisa klinikal dan sisa perubatan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Membantu dalam pengurusan kecemasan apabila diperlukan.
Memastikan rekod pesakit dan rekod kejururawatan lengkap serta tepat.
Merekod semua pemberian ubat, rawatan, prosedur IV dan pemerhatian terhadap pesakit.
Mematuhi semua SOP klinik dan piawaian kerja yang ditetapkan.
Menjaga kerahsiaan maklumat pesakit.
Mengambil bahagian dalam latihan, pembelajaran berterusan dan aktiviti penambahbaikan kualiti klinik.
KELAYAKAN & SYARAT
Syarat Utama:
Mempunyai Diploma atau Ijazah dalam Kejururawatan atau kelayakan yang diiktiraf.
Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).
Mempunyai Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) yang sah.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap profesional.
Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
Kelebihan / Sangat Digalakkan:
Mempunyai pengalaman bekerja di klinik swasta, klinik kesihatan & kesejahteraan, klinik estetik, klinik rehabilitasi atau persekitaran pesakit luar.
Mempunyai pengalaman praktikal dalam:
Pemasangan branula / kanula IV
Pemasangan saluran IV
Penyediaan dan pemberian IV drip
Pengambilan darah
Pemberian suntikan
Berpengalaman mengendalikan dan memantau pesakit yang menerima rawatan IV.
Mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan wanita, MSK, rehabilitasi atau kesihatan saraf merupakan satu kelebihan.
Mempunyai sijil Bantuan Asas Hayat (BLS) yang masih sah merupakan satu kelebihan.