Turn this role into an interview — a resume and cover letter built around what this employer wants.
TCR PRECAST SDN BHD menawarkan jawatan sebagai pembantu pengurusan yang bertanggungjawab menjalankan tugas berkaitan pengarah syarikat seperti pengurusan fail, rekod dan dokumen, selain memproses permohonan serta menguruskan jadual dan urusan perjalanan.
Anda akan berinteraksi dengan pelanggan dan pelawat serta bertindak sebagai pengantara antara pihak pengurusan dan kakitangan lain. Kemahiran komunikasi yang baik, kebolehan bekerja dalam pasukan, dan pengurusan masa yang cekap adalah penting.
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengarah syarikat seperti pengurusan fail-fail, rekod dan dokumen, memproses dan menyemak permohonan, menguruskan jadual dan urusan perjalanan, mengemaskini maklumat, dan lain-lain tugas-tugas yang diberikan oleh pengarah syarikat.
Berinteraksi dengan pelanggan dan pelawat, serta bertindak sebagai pengantara antara pihak pengurusan dan kakitangan yang lain.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, mampu bekerja dalam pasukan, serta berupaya menguruskan masa dan keutamaan tugas dengan cekap.
Penjagaan diri seperti menguruskan temu janji penjadualan dan menjadi peringatan kepada pengarah syarikat serta menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada pengarah syarikat.
Melaksanakan tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa serta maklumkan kepada pengarah jika terdapat perkara yang urgent.
Bersedia apabila diarahkan oleh pengarah untuk tugasan diluar kawasan.