Eine vollständige Bewerbung in einer Minute
Maßgeschneiderter Lebenslauf und Anschreiben – versandbereit.
Pemerbadanan Yang Dipertua Negeri Sembilan sedang mencari pegawai untuk menguruskan kutipan hutang, menilai risiko kredit, dan menyediakan laporan berkaitan tunggakan bagi pemantauan pihak pengurusan. Peranan ini memerlukan kelayakan dalam perakaunan atau kewangan serta keupayaan analitis yang tinggi.
Anda akan bekerjasama rapat dengan unit kewangan dan jabatan berkaitan untuk tindakan perundangan jika perlu, sambil mengekalkan integriti dan ketelitian dalam pengendalian maklumat kewangan.
Menyemak kedudukan akaun pelanggan, penyewa, rakan niaga atau pihak yang mempunyai tanggungan kewangan kepada Pemerbadanan)
Menyediakan laporan penghutang mengikut tempoh tunggakan, laporan kutipan dan analisis risiko kredit untuk pemantauan pihak pengurusan
Menilai risiko kredit dan mengenal pasti akaun berisiko tinggi atau berpotensi menjadi hutang lapuk
Menyemak rekod penerimaan bayaran dan menyelaraskan perbezaan antara rekod kutipan dengan rekod kewangan
Bekerjasama dengan Unit Kewangan dan Akaun, Unit Perundangan serta jabatan berkaitan tindakan tuntutan hutang
Menyelaras penyediaan dokumen untuk tindakan perundangan terhadap penghutang yang gagal menjelaskan tunggakan, tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Kewangan, perbankan, pengurusan perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf
Mempunyai pengalaman dalam kawalan kredit, kutipan hutang, pengurusan akaun penghutang atau kewangan merupakan satu kelebihan
Mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan kredit, analisis tunggakan, kutipan hutang dan pengurusan risiko kredit
Mampu menyediakan laporan yang tepat, membuat tindakan susulan secara sistematik dan mencapai sasaran kutipan
Berintegriti, tegas, teliti dan bertanggungjawab dalam mengendalikan maklumat kewangan