- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan, Perbankan, Ekonomi, Perakaunan atau Kewangan Islam daripada institusi yang diiktiraf.
- Sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan dan / atau pembiayaan di institusi kewangan, syarikat pengurusan dana, bank pelaburan, badan berkanun atau Government-Linked Investment Company (GLIC). Pengalaman pelaburan adalah teras. Pengalaman pembiayaan boleh merangkumi mana-mana fungsi dalam kitaran pembiayaan iaitu penilaian, penstrukturan, dokumentasi, pemantauan atau pemulihan.
- Wajib sekurang-kurangnya 3 tahun mengetuai pasukan profesional dalam bidang pelaburan. Pengalaman dalam bidang pembiayaan merupakan kelebihan.
- Wajib berpengalaman luas dan berpengetahuan mendalam dalam pengurusan pelaburan patuh Syariah sebagai bidang utama serta pembiayaan patuh Syariah, merangkumi:
- Merangka dan menentukur semula peruntukan aset strategik dan taktikal antara pelaburan, pembiayaan dan tunai, serta menetapkan sasaran pulangan yang realistik bagi setiap kelas aset mengikut keadaan pasaran.
- Menilai, melaksana dan mengurus pelaburan dalam ekuiti patuh Syariah, sukuk, pasaran wang, hartanah dan usahasama, serta pembiayaan projek usahasama dan modal teroka.
- Menilai, menstruktur, mendokumen, memantau atau memulihkan pembiayaan patuh Syariah, termasuk analisis kredit, kebolehlaksanaan projek, aliran tunai bayaran balik dan cagaran, bagi akad Tawarruq (Komoditi Murabahah), Al-Ijarah Thumma Al-Bai' (AITAB), Musyarakah dan Mudharabah.
- Mengenal pasti, mengukur dan mengawal risiko strategik, kewangan, operasi, pelaburan, pematuhan dan teknologi bagi portfolio pelaburan dan pembiayaan.
Hanya calon yang memenuhi kesemua syarat di atas akan dipertimbangkan. Calon yang disenarai pendek akan menjalani penilaian kompetensi termasuk analisis kes pelaburan dan / atau pembiayaan serta pembentangan kepada Jawatankuasa / Pengarah.
Pengetahuan
- Pengetahuan praktikal yang mendalam mengenai pasaran modal Malaysia, produk kewangan Islam, struktur pelaburan (ekuiti swasta, produk berstruktur, nota pelaburan dan pelaburan berasaskan aset) dan produk pembiayaan patuh Syariah.
- Mahir dalam pemodelan kewangan, penilaian pelaburan, analisis kredit pembiayaan dan pengurusan risiko.
- Berupaya menyampaikan analisis serta cadangan pelaburan dan pembiayaan secara jelas dan meyakinkan kepada pengurusan tertinggi, jawatankuasa dan pelabur.
- Kelayakan profesional penuh (CFA, CPIF, ACCA, CPA, CIMA atau Chartered Banker AICB), atau sekurang-kurangnya lulus peringkat asas (contohnya CFA Level I, AICB Certified Credit Professional, IBFIM AQIF atau peperiksaan pelesenan Suruhanjaya Sekuriti).
- Memegang atau layak memperoleh Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) bagi pengurusan dana.
- Memahami tadbir urus pertubuhan di bawah Pendaftar, termasuk Akta Pertubuhan Peladang 1973 dan kesannya terhadap aktiviti pelaburan dan pembiayaan.
- Berpengalaman dalam pasaran persendirian (ekuiti swasta, pra-IPO, syarikat bertujuan khas), instrumen kredit berpenarafan dan pembiayaan projek.
- Berpengalaman dalam pembangunan produk pelaburan dan pembiayaan Islam.
- Merangka dan melaksana strategi pelaburan sebagai fungsi teras serta strategi pembiayaan dan peruntukan aset strategik dan taktikal DPK.
- Mengurus portfolio pelaburan DPK merangkumi mandat pengurus dana luaran, ekuiti swasta, langganan IPO dan pra-IPO, produk berstruktur, nota pelaburan, pelaburan berasaskan emas, dana amanah hartanah dan usahasama.
- Mengetuai penilaian dan pemilihan pengurus dana luaran serta penetapan had pelaburan, termasuk had penarafan kredit.
- Mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko kredit, pasaran, kecairan dan Syariah bagi portfolio pelaburan dan pembiayaan.
- Mengetuai penilaian, penstrukturan, dokumentasi, pemantauan dan pemulihan portfolio pembiayaan.
- Menyediakan dan membentang kertas strategik serta cadangan pelaburan dan pembiayaan kepada Jawatankuasa dan AJP.
- Mewakili DPK dalam Jawatankuasa Pelaburan atau sebagai pemerhati bagi entiti pelaburan, termasuk syarikat bertujuan khas (SPV).
- Menyokong pelaksanaan inisiatif strategik DPK termasuk pembangunan produk dan penstrukturan entiti baharu.
Memimpin, membimbing dan membangunkan kapasiti pasukan pelaburan dan pembiayaan DPK.