Consigue una respuesta de este empleador
Tu currículum y tu carta de presentación, adaptados exactamente a lo que buscan contratar.
POLIKLINIK MAYA 24 JAM mencari Pembantu Akaun yang teliti untuk mengurus tugas perakaunan harian, termasuk AR/AP, invois, resit dan baucar pembayaran. Anda akan membantu menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan serta mengurus dokumen sokongan.
Calon dengan SPM/diploma/ijazah dalam bidang perakaunan atau kewangan digalakkan memohon, termasuk graduan baharu dengan asas yang kuat. Berpengalaman menggunakan perisian perakaunan seperti SQL Account adalah satu kelebihan.
Kami sedang mencari seorang Pembantu Akaun yang teliti, jujur, dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kewangan kami. Anda akan bertanggungjawab mengendalikan tugas perakaunan harian, pengurusan dokumen kewangan, dan memastikan rekod syarikat sentiasa dikemas kini.
Mengendalikan tugasan perakaunan harian termasuk Akaun Belum Terima (AR) dan Akaun Belum Bayar (AP).
Menyediakan dan menguruskan invois, resit, baucar pembayaran, dan nota kredit/debit.
Membantu dalam penyediaan laporan kewangan bulanan dan tahunan.
Menguruskan fail, dokumen sokongan kewangan, dan tugasan pentadbiran am pejabat yang berkaitan.
Memiliki sekurang-kurangnya SPM / Diploma / Ijazah dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, atau setaraf.
Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perakaunan (Graduan baharu digalakkan memohon sekiranya ada asas yang kuat).
Mahir menggunakan perisian perakaunan seperti SQL Account.