Aumenta le possibilità di ricevere una risposta da questo datore di lavoro
Il tuo curriculum e una lettera di presentazione personalizzati, che corrispondono esattamente a ciò che sta cercando.
Invest Selangor Berhad sedang mencari individu untuk menyokong pelaksanaan proses Akaun Belum Terima (AR) dan tugasan kewangan yang berkaitan. Tugas meliputi merekod invois, resit, dan nota kredit serta menyusun fail rekod bagi penerimaan setiap bulan.
Individu ini juga akan membantu dalam tugasan kesetiausahaan syarikat (Cosec) dan pentadbiran Divisyen Kewangan, termasuk penyediaan dokumen mesyuarat dan sokongan audit serta pematuhan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Bertanggungjawab membantu melaksanakan proses Akaun Belum Terima (Account Receivable - AR) syarikat; termasuk membantu dalam proses penerimaan hasil dan kutipan, pengurusan transaksi kewangan, menyediakan sokongan perakaunan yang berkaitan serta bertanggungjawab memastikan sistem pemfailan dokumen penerimaan berada di dalam keadaan yang teratur mengikut prosedur Kewangan syarikat yang berkuatkuasa.
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugasan pentadbiran Divisyen Kewangan dan tugasan Kesetiausahaan Syarikat (Cosec).
Mempunyai pengetahuan dalam sistem/perisian perakaunan merupakan satu kelebihan.