A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
Pemerbadanan Negeri Sembilan mencari pegawai audit dalaman untuk merancang dan melaksanakan audit dalaman terhadap aktiviti, sistem, proses kerja, dan operasi syarikat serta anak syarikat mengikut pelan audit diluluskan.
Calon harus berkelayakan dalam bidang perakaunan/kewangan/audit, mempunyai pengalaman audit dalaman atau risiko, serta berintegriti tinggi untuk menjaga kerahsiaan maklumat. Sila rujuk kelayakan profesional seperti CIA sebagai kelebihan.
Merancang dan melaksanakan pengauditan dalaman terhadap aktiviti, sistem, proses kerja dan operasi Pemerbadanan serta anak Syarikat berdasarkan pelan audit yang diluluskan
Melaksanakan audit terhadap pengurusan kewangan, perolehan, pembayaran, pengurusan aset, sumber manusia dan operasi yang berkaitan
Menyemak dokumen, rekod kewangan, kontrak, baucar pembayaran dan dokumen perolehan bagi mengenal pasti kelemahan kawalan serta ketidakpatuhan
Menyediakan kertas kerja audit, laporan penemuan audit dan cadangan penambahbaikan untuk pertimbangan pihak pengurusan atau jawatankuasa berkaitan
Memantau pelaksanaan Tindakan pembetulan terhadap penemuan audit oleh jabatan, unit atau anak Syarikat berkaitan
Melaksanakan audit khas atau semakan tertentu apabila diarahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Audit, Pengurusan Risiko atau bidang berkaitan yang diiktiraf
Mempunyai pengalaman dalam bidang audit dalaman, audit luaran, perakaunan atau pengurusan risiko merupakan satu kelebihan
Mempunyai pengetahuan mengenai prinsip perakaunan, kawalan dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus korporat
Mempunyai integriti yang tinggi, bersikap objektif, teliti dan mampu menjaga kerahsiaan maklumat
Kelayakan professional seperti Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA) atau kelayakan professional perakaunan merupakan satu kelebihan