Stand out for this role — generate a tailored resume and cover letter in about a minute.
MFTECH GLOBAL (M) SDN. BHD. sedang mencari pegawai penyediaan dokumentasi untuk mengemaskini sebut harga, perolehan, dan rekod berkaitan mengikut skop kerja.
Tugas merangkumi pemindahan spesifikasi dari sistem ePerolehan ke dokumen kerja, semakan dengan PIC, serta penyediaan lampiran teknikal dan dokumen sokongan. Calon perlu Diploma atau setaraf, mahir Excel & Word, teliti, teratur serta mampu mengurus beberapa tugasan dalam satu masa.
Menyediakan dan mengemaskini muka depan sebut harga, rekod pemantauan perolehan serta dokumen berkaitan mengikut skop kerja yang ditetapkan.
Memastikan dokumen sebut harga dan perolehan disediakan dengan tepat serta diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Mengambil dan memindahkan spesifikasi, kuantiti, unit, tempoh penghantaran dan maklumat berkaitan daripada sistem ePerolehan ke dalam dokumen kerja syarikat.
Membuat semakan dengan PIC berkaitan sekiranya terdapat maklumat yang tidak jelas, tidak lengkap atau tidak selaras.
Menyediakan lampiran teknikal, kewangan dan dokumen sokongan lain yang diperlukan bagi penghantaran sebut harga atau tender.
Menyediakan dan menyelaras dokumentasi Surat Setuju Terima (SST) bagi projek yang berjaya.
Menyimpan dan mengurus rekod SST, sebut harga, tender dan dokumen perolehan secara teratur.
Menyelaras urusan kurier, parcel atau penghantaran dokumen dengan jabatan dalaman berkaitan apabila diperlukan.
Menyimpan rekod penghantaran dokumen, butiran kurier dan bukti penghantaran jika berkaitan.
Mengambil, menyemak dan mengeluarkan versi terkini dokumen sebut harga atau perolehan apabila diperlukan.
Minimum kelayakan Diploma atau setaraf.
Mahir menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Word.
Teliti dan mampu mengekalkan tahap ketepatan yang tinggi dalam penyediaan dokumen.
Mampu mengurus beberapa tugasan dalam satu masa dan bekerja mengikut tempoh yang ditetapkan.
Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan tulisan yang baik.
Bertanggungjawab, teratur dan mampu mematuhi prosedur serta arahan kerja dengan konsisten.
Mampu bekerja secara berdikari dan bekerjasama dengan baik bersama pasukan dalaman.