Stand out for this role — generate a tailored resume and cover letter in about a minute.
Richvalet AHMZ Sdn. Bhd. mencari Recruiter berpengalaman untuk menguruskan proses pengambilan secara end-to-end bagi jawatan di ibu pejabat dan cawangan di Johor Bahru.
Calon akan bertanggungjawab untuk mengiklankan jawatan melalui JobStreet, media sosial dan saluran lain serta melakukan sourcing aktif menggunakan LinkedIn dan rangkaian lain. Jawatan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam end-to-end recruitment.
Richvalet sedang mencari RECRUITER yang berpengalaman, proaktif dan mampu menguruskan proses pengambilan pekerja.
Menguruskan proses end-to-end recruitment bagi jawatan di ibu pejabat dan cawangan.
Memahami keperluan jawatan bersama Pengurusan sebelum memulakan pencarian calon.
Menyediakan dan menyiarkan iklan jawatan melalui JobStreet, media sosial dan saluran yang bersesuaian.
Mencari calon secara aktif melalui database, referral, networking dan direct sourcing.
Menyaring permohonan serta menjalankan temu duga awal.
Menyediakan laporan berkaitan status kekosongan, sumber calon dan tempoh pengambilan.
Memastikan proses pengambilan dilaksanakan secara profesional, adil dan sulit.
Mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman secara langsung dalam end-to-end recruitment atau talent acquisition.
Pernah menguruskan proses pencarian, saringan, temu duga, pemilihan, tawaran dan onboarding pekerja.
Mempunyai rekod menguruskan beberapa kekosongan jawatan secara serentak.
Mahir menggunakan JobStreet, LinkedIn, media sosial atau saluran lain untuk mendapatkan calon.
Boleh bekerja di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Aktif mencari calon dan tidak hanya menunggu permohonan masuk.
Mempunyai pertimbangan yang baik ketika menilai calon.
Cepat bertindak dan konsisten membuat susulan.
Mampu bekerja secara berdikari dengan pemantauan minimum.
Profesional ketika berurusan dengan calon dan pihak pengurusan.
Mementingkan kualiti pengambilan serta pengalaman calon.
Sertai rangkaian retail barang kemas tempatan yang sedang berkembang.
Berpeluang mengendalikan keseluruhan proses recruitment.
Peluang menyumbang idea serta menambah baik strategi pengambilan syarikat.