Pegawai Pematuhan & Kualiti - Bertanggungjawab memantau pematuhan terhadap prosedur syarikat, keperluan tender dan kontrak, standard kualiti serta dokumentasi pembekalan bagi memastikan produk dan proses kerja memenuhi keperluan pelanggan, spesifikasi yang ditetapkan serta standard dan prosedur syarikat.
- Memantau pematuhan proses kerja terhadap polisi, prosedur dan keperluan syarikat.
- Membantu memastikan keperluan tender, kontrak dan pesanan pelanggan dipatuhi.
- Menyemak dokumen dan proses kerja bagi mengenal pasti ketidakpatuhan.
- Melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.
- Memastikan produk memenuhi spesifikasi, kuantiti dan keperluan yang ditetapkan.
- Merekod sebarang kerosakan, kekurangan atau ketidakpatuhan produk.
- Membuat susulan terhadap tindakan pembetulan bagi isu kualiti yang dikenal pasti.
- Menyelenggara dokumen berkaitan pematuhan, kualiti, tender dan kontrak.
- Memastikan rekod pemeriksaan, laporan dan dokumen sokongan disimpan dengan lengkap.
- Membantu menjalankan pemeriksaan berkala terhadap proses kerja dan dokumentasi.
- Mengenal pasti ketidakpatuhan dan kelemahan dalam proses kerja.
- Merekod dan memantau isu ketidakpatuhan serta kualiti yang dikenal pasti.
- Membuat susulan dengan jabatan berkaitan terhadap tindakan pembetulan.
- Memantau status penyelesaian isu sehingga tindakan selesai.
- Menyemak keperluan kualiti dan pematuhan yang dinyatakan dalam dokumen tender dan kontrak.
- Membantu memastikan keperluan spesifikasi produk dipatuhi sepanjang proses pembekalan.
- Membantu menyediakan bukti dan rekod pematuhan bagi projek atau kontrak yang telah dimenangi.
- Menyediakan laporan berkaitan pematuhan, kualiti dan hasil pemeriksaan.
- Memberikan cadangan penambahbaikan berdasarkan hasil pemeriksaan dan pemantauan.
Kelayakan dan Pengalaman
Pengalaman:
- 2–3 tahun pengalaman dalam pematuhan, kawalan kualiti, audit, operasi atau bidang berkaitan.
- Pengetahuan atau pengalaman berkaitan sistem pengurusan kualiti adalah satu kelebihan.