Una candidatura completa in un minuto
Curriculum e lettera di presentazione personalizzati, pronti da inviare.
Wangsa Holdings Sdn Bhd mencari Commis Chef untuk membantu tugas harian di dapur, termasuk penyediaan bahan (prep work) dan memastikan kebersihan stesen kerja. Anda akan memastikan setiap hidangan disiapkan mengikut standard resipi, kualiti, dan kebersihan yang ditetapkan oleh Head/Sous Chef.
Anda perlu memahami teknik asas pemotongan, memasak, serta menjaga kebersihan makanan dan keselamatan di dapur. Sifat disiplin dan kemampuan bekerja dalam syif adalah penting, termasuk hujung minggu dan
Commis Chef bertanggungjawab membantu tugas harian di dapur, termasuk penyediaan bahan (prep work), menjaga kebersihan stesen kerja, serta memastikan setiap hidangan/pastri disiap dan dihias mengikut standard kualiti, resipi, dan kebersihan yang ditetapkan oleh Head Chef / Sous Chef.
Penyediaan Bahan & Dapur (Food Prep):
Menyediakan bahan memasak/membakar mengikut resipi standard syarikat (memotong, menimbang, marinate, dsb.).
Memastikan stok bahan mentah di stesen kerja sentiasa mencukupi sebelum waktu operasi bermula.
Pengendalian Makanan & Memasak:
Memastikan persembahan hidangan (plating/presentation) sentiasa kemas, konsisten, dan menarik.
Kebersihan & Keselamatan Makanan (Hygiene & Food Safety):
Memastikan kawasan kerja, peralatan, dan bilik simpanan (chiller/freezer) sentiasa bersih, kemas, dan tersusun.
Mengamalkan amalan keselamatan makanan (keselamatan FIFO - First In, First Out, kawalan suhu, dan kebersihan diri).
Memeriksa kesegaran bahan dan melaporkan kerosakan atau kehabisan stok kepada pengurusan dapur.
Membantu dalam proses penerimaan barang dan simpanan stok barangan dapur.
Bersedia belajar dan menerima arahan/maklum balas daripada Demi Chef, Sous Chef, atau Head Chef.
Pendidikan: Sijil / Diploma dalam Seni Kulinari, Pengurusan Bakeri/Pastri, atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
Kemahiran & Pengetahuan:
Pengetahuan asas mengenai teknik pemotongan, memasak/membakar, serta kebersihan makanan (Food Hygiene).
Disiplin tinggi, menepati masa, dan boleh bekerja mengikut syif, hujung minggu, serta cuti umum.