Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
AD ARTISAN MANUFACTURING SDN BHD mengundang calon berkelayakan untuk jawatan operator CNC di kilang kami di Kelantan. Tugas utama termasuk mengendalikan mesin CNC milling/lathe/laser cutting mengikut jadual produksi serta memasukkan bahan mentah dengan kedudukan tepat dan selamat.
Calon perlu berkemahiran membaca lukisan teknikal, menggunakan alat ukur dengan tepat, dan mahir dalam penyelesaian masalah mekanikal. Latihan CAM Mastercam/SolidCAM disediakan untuk pembangunan kemahiran.
Mengendalikan Mesin - Menghidupkan, menjalankan, dan memantau mesin CNC (sebagai mesin milling, turning/lathe, atau laser cutting) untuk menghasilkan komponen mengikut jadual produksi.
Memasukkan bahan mentah (logam, plastik, dll.) ke dalam mesin dan memastikan kedudukannya betul dan selamat.
Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) - Melakukan servis harian, mingguan, atau bulanan seperti memeriksa tahap minyak pelincir (coolant), menukar penapis, dan membersihkan sisa habuk mesin.
Penyelesaian Masalah (Troubleshooting) - Mengesan punca masalah sekiranya mesin mengalami gangguan operasi, ralat sistem, atau mengeluarkan bunyi luar biasa semasa proses berjalan.
Kerja Baik Pulih (Repair) - Membaiki kerosakan mekanikal atau elektrikal yang mudah tanpa perlu menunggu jurutera luar, bagi mengurangkan tempoh mesin terhenti (downtime).
Penyediaan Mesin (Setup) - Memasang perkakas pemotong (cutting tools), fixtures, dan jigs yang diperlukan untuk sesuatu acuan atau produk baru.
Tetapan Coordinate (Offset) - Menetapkan titik rujukan (work coordinate system) dan memasukkan nilai tool offset pada panel kawalan mesin.
Kebersihan Ruang Kerja - Mengamalkan konsep 5S dengan memastikan kawasan mesin bersih daripada sisa pemotongan (chips) dan tumpahan minyak.
Minimum Sijil/Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Pemesinan CNC, Mekatronik, atau TVET yang berkaitan.
Minimum 1 - 2 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan. (fresh graduate digalakkan untuk memohon)
Kemahiran tambahan - mahir menggunakan perisian CAM seperti Mastercam atau SolidCAM
Boleh membaca dan memahami lukisan teknikal (2D/3D blueprint).
Mahir menggunakan alat ukur industri secara tepat.
Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah (troubleshooting) mekanikal yang baik.