Job Responsibilities
SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
- Aspek Kawalan Pergerakan Warga Kampus, Pelawat dan Pekerja Kontrak
- Mendaftar, mengeluar dan memeriksa pas keselamatan/ kad pengenalan jabatan kepada warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak.
- Melaksanakan kawalan keselamatan di dalam aspek dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki kampus memakai kad kampus/ pelawat/ pas pekerja sementara pada setiap masa.
- Aspek Kawalan Meliputi Fizikal dan Personel
- Merekod dalam buku daftar kunci, kunci-kunci pintu masuk utama bangunan dan premis di bawah kawalan sentiasa dalam keadaan baik dan disimpan dengan selamat.
- Membantu mengurus permohonan dan penyimpanan kunci-kunci pendua.
- Membuat rondaan/ pemeriksaan bagi memantau pengawal keselamatan di dalam kawasan dan luar bangunan/ premis dan membuat catatan rondaan/ pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.
- Memastikan semua peralatan dan kelengkapan sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
- Melaporkan kerosakan peralatan/ kelengkapan/ sistem keselamatan dan lain-lain kemudahan di dalam kawasan bangunan/ premis kepada pegawai yang bertanggungjawab.
- Membuat pemantauan keselamatan ke atas pergerakan keluar/ masuk sepanjang masa.
- Memastikan undang-undang, peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan dikuatkuasakan dan dipatuhi.
- Melaporkan semua pelanggaran keselamatan dan perkara-perkara yang mencurigakan kepada pegawai yang bertanggungjawab.
- Aspek Kawalan Keselamatan Lalulintas
- Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses kenderaan serta memastikan kelancaran pergerakan lalulintas kenderaan di dalam kampus.
- Memastikan kenderaan diletakkan secara teratur di kawasan-kawasan meletak kenderaan yang dibenarkan.
- Memastikan sebarang insiden yang berlaku dalam kawasan dilaporkan dan membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan lalulintas dalam kawasan kampus.
- Aspek Multitasking
- Membuat kerja-kerja pentadbiran/ perkeranian seperti pentadbir cuti, kehadiran dan KPI.
- Membuat kerja bantu mula semasa kecemasan/ bencana.
- Membuat kerja-kerja teknikal seperti penyelenggaraan CCTV, percetakan kad kampus dan pas pekerja sementara.
- Melaksanakan urusan kewangan seperti kutipan saman lalu lintas, pelekat dan kad kampus.
Job Requirements
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut
- a warganegara Malaysia, dan
- b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- C.
- i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
- bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan atau
- iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.: atau
- V. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijjil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
- ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita: mempunyai ukuran Indeks, Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
- iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79cm ukuran dada yang biasa dan
- 84cm Semasa Menarik Nafas (lelaki Sahaja):
- V lulus dalam ujian penglibatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
- vi pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Job Benefits