Get more replies from employers
Send a job-specific resume in minutes.
Residence Inn Cherating sedang mencari Penyelaras Jualan untuk menyertai pasukan Jualan & Pemasaran. Calon perlu berdedikasi, teratur dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk berkhidmat dalam industri hospitaliti.
Tugas termasuk mengurus aktiviti harian, menyelaraskan keperluan pelanggan dengan Front Office, Housekeeping, F&B, Kitchen, Maintenance dan Operations serta mengatur mesyuarat koordinasi bagi persediaan acara atau tempahan. Bahasa Melayu dan Inggeris dikuasai dengan baik.
Residence Inn Cherating
Jabatan: Jualan & Pemasaran
Melapor Kepada: Pengarah Jualan (Director of Sales)
Lokasi: Cherating, Pahang
Kami sedang mencari calon yang berdedikasi, teratur dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk menyertai pasukan Jualan & Pemasaran sebagai Penyelaras Jualan (Sales Coordinator).
Menguruskan aktiviti dan tugasan harian Jabatan Jualan & Pemasaran.
Menyelaraskan keperluan pelanggan dengan Front Office, Housekeeping, Food & Beverage, Kitchen, Maintenance dan Operations.
Mengatur dan menyelaras mesyuarat koordinasi bersama jabatan berkaitan bagi memastikan kelancaran persediaan dan pelaksanaan acara atau tempahan.
Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan Jabatan Jualan & Pemasaran seperti yang diarahkan oleh Pengarah Jualan.
Calon yang baru tamat pengajian (Fresh Graduate) dengan kelayakan yang berkaitan dan mempunyai minat dalam industri hospitaliti juga digalakkan memohon.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan organisasi yang baik.
Teliti dan mampu memastikan ketepatan maklumat dalam dokumen tempahan dan acara.
Mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik bersama pelanggan serta jabatan-jabatan lain.
Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik, secara bertulis dan lisan.
Pengalaman dalam industri hotel, acara, banquet atau koordinasi tempahan merupakan satu kelebihan.
Bersedia bekerja dalam persekitaran hotel yang pantas dan mampu bekerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.