Get a reply from this employer — a resume and cover letter tailored to exactly what they’re hiring for.
NASRUL FROZEN FOOD ENTERPRISE mencari seorang Eksekutif HR berpengalaman untuk mengurus proses pengambilan pekerja, penyaringan resume, temuduga dan penyediaan surat tawaran.
Tanggung jawab termasuk onboarding dan exit, penyediaan laporan HR seperti kehadiran dan turnover, pemantauan pemakaian uniform, pematuhan SOP, serta menjaga hubungan baik antara majikan dan pekerja. Mempunyai pengalaman 1–2 tahun dalam HR dan mahir MS Office.
Mengurus proses pengambilan pekerja (recruitment) seperti mengiklankan jawatan, menyaring resume, mengatur temuduga dan menyediakan surat tawaran.
Menyediakan surat amaran, surat tunjuk sebab, memo, polisi syarikat dan dokumen HR yang berkaitan.
Memastikan pematuhan terhadap Akta Kerja 1955 dan polisi syarikat.
Mengendalikan urusan onboarding dan exit pekerja termasuk orientasi, penyerahan aset dan temu bual keluar (exit interview).
Menyelaras latihan dan pembangunan pekerja bagi meningkatkan prestasi kerja.
Membantu menyelesaikan isu berkaitan pekerja serta menjaga hubungan yang baik antara majikan dan pekerja.
Menyediakan laporan HR seperti kehadiran, turnover, pengambilan pekerja dan prestasi.
Memantau pemakaian uniform, disiplin, kebajikan serta pematuhan SOP pekerja.
Mengurus pembaharuan permit, pas kerja dan dokumentasi pekerja asing (jika berkaitan).
Pengalaman sekurang-kurangnya 1–2 tahun dalam bidang HR.
Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).
Mempunyai kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pengurusan masa yang baik.
Bertanggungjawab, berdisiplin, teliti dan mampu bekerja secara berdikari.