Kami sedang mencari calon yang teliti, bertanggungjawab dan berdisiplin untuk menyertai pasukan kami sebagai Data Entry – Perolehan Kerajaan.
Mencari dan menyemak peluang perolehan yang berkaitan dengan bidang perniagaan syarikat.
Memuat turun, menyusun dan merekod dokumen sebut harga atau tender.
Memastikan dokumen lengkap, tepat dan dihantar sebelum tarikh tutup.
Berhubung dengan pembekal untuk mendapatkan harga, katalog, brosur dan spesifikasi produk.
Menghantar dokumen, menghadiri taklimat, lawatan tapak atau urusan berkaitan projek apabila diperlukan.
Tanggungjawab Utama
- Memasukkan, menyemak dan mengemas kini maklumat sebut harga serta tender kerajaan.
- Mencari dan menyemak peluang perolehan yang berkaitan dengan bidang perniagaan syarikat.
- Memuat turun, menyusun dan merekod dokumen sebut harga atau tender.
- Mengisi maklumat syarikat, harga, spesifikasi produk dan dokumen sokongan.
- Menyediakan jadual harga, senarai semak serta dokumen pematuhan.
- Memastikan dokumen lengkap, tepat dan dihantar sebelum tarikh tutup.
- Mengemas kini rekod penyertaan dan keputusan perolehan.
- Menguruskan fail fizikal dan digital bagi tujuan rujukan serta audit.
- Berhubung dengan pembekal untuk mendapatkan harga, katalog, brosur dan spesifikasi produk.
- Menghantar dokumen, menghadiri taklimat, lawatan tapak atau urusan berkaitan projek apabila diperlukan.
- Menjalankan tugasan di luar pejabat dan luar kawasan dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Keperluan Jawatan
- Minimum SPM, Sijil, Diploma, Ijazah atau kelayakan yang setaraf.
- Mahir menggunakan Microsoft Office, internet dan perisian PDF.
- Mempunyai kemahiran menaip dan memasukkan data dengan cepat serta tepat.
- Teliti, teratur dan mampu bekerja mengikut tarikh akhir.
- Boleh memahami dokumen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah.
- Mempunyai kenderaan sendiri merupakan satu kelebihan.
- Bersedia memandu dan bekerja di luar kawasan atau luar negeri apabila diperlukan.
- Pengalaman menguruskan sebut harga atau tender kerajaan merupakan satu kelebihan.
- Graduan baharu dialu-alukan untuk memohon.
Tarikh tutup permohonan: 20.08.26