Don’t send a generic resume — generate a resume and cover letter tailored to this exact role.
Polperro Group Sdn Bhd mencari Pengurus Dapur berpengalaman untuk merancang, menyelia, dan mengurus operasi dapur secara menyeluruh bagi memastikan kelancaran perniagaan harian.
Anda akan memastikan setiap hidangan disediakan mengikut resipi dan standard kualiti, sambil memantau kos bahan mentah, inventori, serta bekerjasama dengan jabatan lain seperti Purchasing, Operation, Marketing dan QA untuk penambahbaikan berterusan.
Bertanggungjawab merancang, menyelia dan mengurus keseluruhan operasi dapur bagi memastikan kelancaran operasi harian.
Memastikan setiap hidangan disediakan mengikut resipi, standard kualiti, rasa dan persembahan yang telah ditetapkan.
Memantau penggunaan bahan mentah serta memastikan kawalan stok, pembaziran dan food cost berada pada tahap yang ditetapkan.
Menyelia proses pembelian bahan mentah serta memastikan kualiti bahan yang diterima memenuhi spesifikasi syarikat.
Menyediakan jadual kerja (roster), pembahagian tugasan serta memastikan tenaga kerja mencukupi mengikut keperluan operasi.
Menganalisis laporan jualan, penggunaan bahan mentah dan prestasi dapur untuk penambahbaikan operasi.
Bekerjasama dengan jabatan Purchasing, Operation, Marketing dan QA bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Menyelesaikan isu berkaitan operasi dapur, aduan pelanggan dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
Memastikan inventori dan stock take dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
Mengawal bajet dapur serta memastikan sasaran keuntungan dan KPI syarikat dicapai.
Diploma atau Ijazah dalam bidang Kulinari, Hospitaliti atau bidang berkaitan (diutamakan).
Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam operasi dapur dan 2–3 tahun di peringkat pengurusan.
Mempunyai kemahiran dalam pengurusan food cost, inventory, menu engineering dan pengurusan pasukan.
Mahir dalam penyediaan SOP dapur, HACCP dan Food Safety.
Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.