Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
LEE FAH MEE SDN. BHD. sedang mencari seorang Boilerman berpengalaman untuk mengendalikan, memantau serta menyelenggara sistem dandang bagi memastikan operasi kilang berjalan lancar, selamat dan mengikut piawaian keselamatan.
Pemohon perlu memahami SOP, menilai tekanan suhu serta menjaga paras air boiler secara konsisten. Tugas harian termasuk pemeriksaan peralatan berkaitan dan kerja penyelenggaraan mengikut arahan pengurusan kilang.
LEE FAH MEE SDN. BHD. sedang mencari seorang Boilerman yang berpengalaman dan bertanggungjawab untuk mengendalikan, memantau serta menyelenggara sistem dandang (Boiler) bagi memastikan operasi kilang berjalan dengan lancar, selamat dan mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Mengendalikan dan memantau operasi dandang (Boiler) mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan keselamatan.
Memastikan tekanan, suhu, paras air dan parameter operasi boiler sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.
Menjalankan pemeriksaan harian terhadap boiler, sistem pembakaran, pam, injap, paip dan peralatan berkaitan.
Memastikan sistem boiler beroperasi dengan cekap dan mengelakkan sebarang gangguan operasi.
Memantau penggunaan bahan api dan air.
Menjalankan pemeriksaan dan ujian kualiti air boiler mengikut jadual yang ditetapkan.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan boiler seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Mempunyai pengelaman mengendalikan boiler di kilang atau industri adalah satu kelebihan.
Bertanggungjawab, berdisiplin, teliti, dan mampu bekerja berdikari.
Bersedia bekerja mengikut jadual dan keperluan operasi kilang.