An application made for this job — a tailored resume and cover letter that speak straight to the posting.
Mycu Retail Sdn Bhd di Pahang mencari pekerja sepenuh masa untuk jawatan Khidmat Pelanggan serta pengendalian kaunter dan transaksi tunai. Anda akan memberikan maklumat produk, mengurus pertanyaan pelanggan, aduan, dan memastikan pengalaman membeli-belah yang memuaskan.
Anda juga terlibat dalam pengurusan stok, kebersihan kedai, penyelenggaraan paparan produk, dan mematuhi semua polisi syarikat. Latihan akan diberikan bagi kakitangan baharu dan keperluan pemantauan keselamatan dilaksanakan.
Bersedia bekerja lebih masa (OT) dan mengikut syif bergilir.
Bersedia dipindahkan ke cawangan lain jika diperlukan.
Berpenampilan kemas tidak memakai anting-anting, tiada tatu yang kelihatan, tidak bermisai, dan kuku sentiasa pendek).
Memberikan maklumat mengenai produk, promosi dan perkhidmatan.
Mengendalikan pertanyaan, aduan dan maklum balas pelanggan dengan segera.
Memastikan pelanggan menerima pengalaman membeli-belah yang memuaskan.
Memproses pembayaran, pemulangan wang (refund) dan pertukaran barangan mengikut prosedur syarikat.
Menyusun produk di rak dan memastikan paparan sentiasa kemas serta teratur.
Memantau tarikh luput produk dan menggantikan stok apabila diperlukan.
Memastikan kawasan kedai sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Memastikan rak, label dan tanda harga sentiasa dikemas kini serta dipamerkan dengan betul.
Mematuhi semua polisi, prosedur dan garis panduan syarikat.
Melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau isu keselamatan kepada pihak pengurusan.
Mematuhi prosedur keselamatan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat untuk pelanggan dan kakitangan.
Membantu melatih kakitangan baharu apabila diperlukan.
Mematuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan semasa mengendalikan dan menyimpan produk makanan.
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa