A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
YPJ Holdings Sdn. Bhd. sedang mencari seorang Pegawai Sokongan Perundangan dan Governans untuk membantu menyusun dan menyelenggara dokumen rasmi, minit mesyuarat serta SOP bagi fungsi perundangan syarikat.
Jawatan ini memerlukan penyelarasan yang teliti dan pematuhan ketat terhadap garis panduan syarikat. Peranan ini melibatkan urusetia mesyuarat, pengurusan rekod sulit, serta penyediaan eviden untuk audit pematuhan dan governans.
1) Sokongan Perundangan dan Governans – Menyediakan, menyusun, merekod dan menyelenggara dokumen, surat-menyurat, minit, laporan, kertas kerja, pekeliling, polisi, SOP dan rekod berkaitan fungsi Perundangan dan Governans untuk rujukan serta tindakan lanjut.
2) Urusetia Mesyuarat dan Jawatankuasa – Membantu menyediakan agenda, notis, kertas mesyuarat, senarai kehadiran, minit mesyuarat dan rekod keputusan; membuat susulan tindakan yang dipersetujui serta memastikan dokumen diedarkan kepada pihak berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan.
3) Pengurusan Rekod dan Dokumen Sulit – Menyelenggara fail fizikal dan digital berkaitan perundangan, governans, integriti, mesyuarat dan arahan Pengurus Besar; memastikan klasifikasi, akses, penyimpanan dan kerahsiaan dokumen dikawal dengan sewajarnya.
6) Sokongan Tadbir Urus – Membantu pengumpulan maklumat, eviden dan dokumen bagi tujuan audit, semakan pematuhan, laporan governans, integriti, pengurusan risiko dan keperluan Jawatankuasa yang berkaitan.
8) Lain-lain tugas – Melaksanakan tugas pentadbiran, urusetia, penyelarasan dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengurus Besar/Ketua Jabatan.