A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
YPJ Holdings Sdn. Bhd. sedang mencari pegawai yang berkemahiran untuk mengurus daftar dokumen secara sistematik.
Tugas termasuk penyelenggaraan rekod utama, pengawalan edaran kepada pihak berkenaan, serta memastikan pihak penerima menerima versi terkini. Anda juga akan menyusun rekod fizikal dan digital, menyediakan bukti untuk audit dalaman dan luaran, serta memantau jadual semakan dokumen bagi memastikan pematuhan dan kelulusan tepat masa, sambil melaksanakan tugas lain mengikut arahan Ketua
3) Pengurusan Daftar Dokumen – Menyelenggara Document Register/Master List yang mengandungi maklumat dokumen, pemilik dokumen, lokasi simpanan, versi, tarikh semakan, status kelulusan dan tarikh luput/semakan jika berkenaan.
4) Edaran dan Akses Dokumen – Mengawal pengedaran dokumen kepada pihak yang dibenarkan, memastikan penerima menerima versi terkini serta merekod sejarah edaran dan akses bagi dokumen yang memerlukan kawalan.
5) Pengurusan Rekod Fizikal dan Digital – Menyusun fail, folder dan repositori digital secara sistematik serta memastikan dokumen boleh dikesan dengan cepat berdasarkan nombor rujukan, kategori, jabatan, projek atau fungsi.
6) Sokongan Audit dan Pematuhan – Menyediakan rekod, eviden dan dokumen sokongan apabila diperlukan untuk audit dalaman, audit luaran, semakan pematuhan, pemeriksaan pengurusan atau keperluan pihak berkuasa.
7) Pemantauan Semakan Dokumen – Menyelenggara jadual semakan dokumen dan memberi peringatan kepada pemilik dokumen berhubung dokumen yang perlu disemak, dikemas kini atau diperbaharui.
8) Lain-lain tugas –Melaksanakan tugas berkaitan pengurusan rekod, dokumentasi, pentadbiran dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan/Pengurus.