A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
Private Advertiser sedang mencari petugas pentadbiran jualan yang terlibat dalam pemprosesan permohonan pelanggan, kemas kini rekod jualan, penyelarasan pemasangan produk, dan sokongan kepada pasukan jualan bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Tugas termasuk semakan dokumen, kemas kini rekod harian hingga bulanan, menyediakan laporan jualan, pembatalan, pencapaian KPI, serta menyelaras maklumat pelanggan dengan jabatan berkaitan.
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan pentadbiran jualan, termasuk pemprosesan permohonan pelanggan, kemas kini rekod jualan, penyelarasan pemasangan produk serta sokongan kepada pasukan sales bagi memastikan operasi jualan berjalan lancar, tepat dan teratur.
Menyemak kelengkapan borang, dokumen pelanggan dan maklumat permohonan.
Memastikan maklumat pelanggan dimasukkan dengan tepat ke dalam sistem.
Mengemas kini rekod jualan harian, mingguan dan bulanan.
Menyediakan laporan jumlah jualan, order, pembatalan dan pencapaian target.
Menyediakan laporan pencapaian KPI serta aktiviti jualan.
Membantu menyemak status pemasangan produk pelanggan.
Menyelaraskan maklumat pelanggan dengan pihak berkaitan.
Memastikan setiap isu pelanggan disalurkan kepada pihak yang betul.
Membantu sales consultant dalam urusan pentadbiran.
Menyemak rekod prospek, pelanggan dan status follow-up jika diperlukan.
Membantu menyediakan bahan promosi dan maklumat produk terkini.
Memaklumkan kepada pasukan tentang promosi, tarikh akhir kempen dan keperluan dokumentasi.
Menyusun dan menyimpan rekod jualan serta dokumen pelanggan dengan teratur.
Membantu menyediakan laporan mesyuarat dan rekod aktiviti pasukan.
Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan.
Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Teliti, sistematik, bertanggungjawab dan menepati masa.