Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
Indah Sari Otomobil Sdn Bhd mencari pegawai pemasaran yang kreatif untuk merancang, melaksanakan, dan memantau aktiviti pemasaran syarikat. Tugas utama termasuk penghasilan kandungan digital, pengurusan media sosial, serta penyeliaan sesi Live jika diperlukan.
Calon akan bekerja dalam pasukan pemasaran untuk meningkatkan kesedaran jenama, memperluas capaian pelanggan, dan menjana prospek melalui kempen digital, rebat, dan aktiviti promosi kenderaan Proton dengan fokus pada strategi pemasaran
Bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti pemasaran syarikat bagi meningkatkan kesedaran jenama, memperluaskan capaian pelanggan, menjana prospek jualan (leads) serta membantu meningkatkan jualan kenderaan melalui pemasaran digital, penghasilan kandungan kreatif dan aktiviti promosi.
Merancang idea, menyediakan skrip ringkas, membuat rakaman, menyunting dan menghasilkan video yang kreatif, menarik serta bersesuaian dengan sasaran pelanggan.
Menghasilkan kandungan berkaitan produk Proton, kelebihan kenderaan, promosi, rebat, stok sedia ada, pandu uji (test drive), serahan kenderaan kepada pelanggan dan aktiviti syarikat.
Memastikan kandungan yang diterbitkan mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta menyampaikan maklumat yang tepat.
Memastikan kandungan dipelbagaikan dari segi konsep, gaya penyampaian dan format bagi mengelakkan kandungan yang berulang atau membosankan.
Menyediakan kapsyen, tajuk, hashtag dan seruan tindakan (Call to Action) yang sesuai untuk menarik perhatian serta menggalakkan pelanggan menghubungi pihak jualan.
Memastikan semua kandungan mematuhi garis panduan jenama, polisi platform dan arahan pihak pengurusan.
Mengurus dan mengemas kini akaun media sosial rasmi syarikat seperti TikTok, Facebook, Instagram dan platform lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Memastikan kandungan diterbitkan secara konsisten mengikut jadual pemasaran yang telah ditetapkan.
Membalas atau menyelaraskan pertanyaan pelanggan melalui komen, mesej peribadi dan platform komunikasi syarikat.
Mengikuti perkembangan trend semasa, audio popular, format video dan strategi pemasaran digital yang bersesuaian dengan imej syarikat.
Mengendalikan Live bersama Penasihat Jualan atau wakil syarikat apabila diperlukan.
Memastikan sesi Live dijalankan secara profesional, menarik dan mematuhi garis panduan syarikat.
Merekod serta menyalurkan prospek yang diperoleh daripada sesi Live kepada pasukan jualan untuk tindakan susulan.
Merancang kalendar pemasaran bulanan dan mingguan berdasarkan kempen, promosi serta sasaran syarikat.
Membantu merancang dan melaksanakan kempen promosi, pelancaran model baharu, hari terbuka, aktiviti pandu uji dan acara pelanggan.
Bekerjasama dengan pasukan jualan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai harga, rebat, stok, kempen dan tawaran promosi.
Memastikan semua bahan pemasaran mendapat kelulusan pihak pengurusan sebelum diterbitkan, jika diperlukan.
Membantu meningkatkan jumlah prospek jualan melalui kandungan digital, sesi Live, kempen berbayar dan aktiviti pemasaran.
Mengenal pasti pertanyaan pelanggan yang berpotensi menjadi pembeli dan menyerahkannya kepada Penasihat Jualan untuk tindakan susulan.
Membantu mempromosikan tawaran istimewa, program trade-in, pembiayaan kenderaan dan aktiviti test drive berdasarkan maklumat yang diluluskan.
Memastikan semua tugasan pemasaran disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Menjalankan tugasan pemasaran lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Menjaga kerahsiaan maklumat syarikat, data pelanggan dan akses kepada akaun media sosial rasmi.
Menjaga imej profesional syarikat dalam semua aktiviti pemasaran dan komunikasi awam.