Uma candidatura completa em um minuto
Currículo e carta de apresentação personalizados, prontos para serem enviados.
ZASMA sedang mencari Pakar Pemasaran untuk merancang dan melaksanakan strategi pemasaran syarikat. Anda akan menyediakan pelan pemasaran tahunan dan bulanan, kajian pasaran, serta kempen mengikut musim dan trend semasa.
Anda akan memantau prestasi kempen, penambahbaikan, dan memastikan kandungan pemasaran berkualiti tinggi serta konsisten merentasi semua platform media sosial.
Bertanggungjawab menentukan hala tuju dan strategi pemasaran syarikat.
Menyediakan pelan pemasaran tahunan (Annual Marketing Plan) yang merangkumi objektif, strategi, sasaran, bajet dan pelaksanaan aktiviti pemasaran.
Menyediakan perancangan pemasaran bulanan dan suku tahunan (Monthly & Quarterly Marketing Plan).
Mengenal pasti peluang pasaran baharu, kumpulan pelanggan sasaran dan potensi pengembangan jenama ZASMA.
Menjalankan kajian pasaran (Market Research) berkaitan industri pembinaan rumah, pesaing, trend harga, permintaan pelanggan dan perubahan tingkah laku pengguna.
Merancang kempen pemasaran berdasarkan musim, trend semasa, keperluan pasaran dan objektif jualan.
Menilai keberkesanan pelan pemasaran dan membuat penambahbaikan berdasarkan pencapaian sebenar.
Bertanggungjawab memastikan penghasilan kandungan pemasaran yang kreatif, berkualiti, menarik dan mempunyai nilai komersial.
Merancang content pillar seperti:
Promotional Content – Promosi pakej dan perkhidmatan ZASMA.
Corporate Branding Content – Budaya kerja, pasukan, pencapaian dan identiti syarikat.
Menyelia penghasilan video, poster, grafik, copywriting, infografik dan bahan promosi.
Menyemak serta meluluskan kandungan sebelum diterbitkan mengikut had kuasa yang ditetapkan.
Sentiasa mengikuti trend media sosial dan mengenal pasti peluang untuk menghasilkan kandungan yang berpotensi mendapat capaian tinggi.
Memastikan penghasilan content bukan sekadar mengejar viraliti, tetapi membantu membina kepercayaan dan mendapatkan pelanggan berpotensi.
Bertanggungjawab mengurus dan mengoptimumkan penggunaan semua platform media sosial syarikat.
Menguasai pengendalian platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan YouTube.
Menyediakan Social Media Calendar bagi memastikan penerbitan kandungan secara konsisten dan terancang.
Memastikan akaun media sosial syarikat sentiasa aktif dan mempunyai identiti yang konsisten.
Memantau maklum balas pelanggan serta memastikan isu berkaitan reputasi jenama ditangani dengan segera.
Mengenal pasti kandungan yang mempunyai prestasi terbaik dan menggunakannya sebagai asas penambahbaikan strategi.
Memastikan pengurusan akses akaun, keselamatan kata laluan dan aset digital syarikat dikawal dengan baik.
Mengoptimumkan penggunaan media sosial bagi meningkatkan trafik, pertanyaan pelanggan dan penjanaan lead.
Bertanggungjawab merancang dan mengurus aktiviti pemasaran digital bagi mendapatkan prospek pelanggan yang berkualiti.
Menentukan sasaran pelanggan berdasarkan lokasi, demografi, minat dan tingkah laku pengguna.
Memastikan setiap kempen mempunyai objektif, sasaran audiens, mesej pemasaran dan Call to Action yang jelas.
Bertanggungjawab membina, memperkukuh dan mengekalkan imej serta reputasi ZASMA sebagai jenama yang dipercayai dalam industri pembinaan rumah.
Merangka strategi penjenamaan (Branding Strategy) bagi meningkatkan pengiktirafan dan kepercayaan pelanggan terhadap ZASMA.
Memastikan identiti visual syarikat konsisten merangkumi logo, warna korporat, typography, gaya visual dan komunikasi pemasaran.
Menonjolkan kelebihan kompetitif ZASMA sebagai kontraktor utama pembinaan rumah atas tanah sendiri.
Merancang kempen penjenamaan yang mampu meningkatkan kredibiliti dan keyakinan pelanggan.
Memastikan semua bahan promosi, iklan dan komunikasi korporat menggambarkan imej profesional syarikat.
Memanfaatkan testimoni pelanggan, pencapaian projek, pengalaman pembinaan dan hasil kerja sebagai bahan pembinaan kepercayaan.
Memastikan strategi penjenamaan diselaraskan dengan nilai syarikat iaitu Quality, Professional dan Responsibility.
Merancang aktiviti pemasaran luar seperti roadshow, pameran, booth, event dan kempen promosi.
Mengenal pasti lokasi dan peluang pemasaran yang berpotensi mendapatkan pelanggan sasaran.
Mengurus penyediaan bahan promosi fizikal seperti bunting, banner, brochure, backdrop dan signage.
Merancang aktiviti promosi di tapak projek, showroom dan lokasi serahan kunci rumah.
Memastikan pelaksanaan aktiviti offline marketing selaras dengan identiti jenama ZASMA.
Mengenal pasti peluang kerjasama dengan komuniti, organisasi, agensi dan rakan strategik.
Memastikan setiap anggota memahami skop kerja, tanggungjawab dan KPI masing-masing.
Memantau pelaksanaan tugasan harian, mingguan dan bulanan.
Memastikan semua aktiviti pemasaran dilaksanakan mengikut perancangan dan tempoh masa yang ditetapkan.
Memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan coaching kepada anggota pasukan bagi meningkatkan kemahiran serta produktiviti.
Mengenal pasti bakat berpotensi untuk pembangunan kerjaya dan pelapis kepimpinan.
Menyediakan cadangan bajet pemasaran tahunan dan bulanan.
Menilai keberkesanan kos bagi setiap kempen pemasaran.
Menyediakan laporan prestasi pemasaran secara mingguan, bulanan dan suku tahunan.
Membentangkan pencapaian KPI Jabatan Marketing kepada pihak pengurusan.
Mengenal pasti jurang antara sasaran dan pencapaian sebenar.
Menyediakan pelan tindakan pembetulan (Corrective Action Plan) sekiranya KPI tidak tercapai.
Memastikan semua data, laporan dan rekod pemasaran dikemas kini serta boleh dirujuk.
Mendapatkan maklum balas berkaitan kualiti lead, pertanyaan pelanggan dan keberkesanan kempen.
Memastikan komunikasi dan penyelarasan antara jabatan berjalan lancar bagi mengelakkan percanggahan maklumat kepada pelanggan.