Get more replies from employers
Send a job-specific resume in minutes.
BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD sedang mencari Pegawai Sumber Manusia untuk menguruskan proses pengambilan pekerja daripada iklan jawatan hingga pemilihan calon. Tugas merangkumi dokumentasi pekerja, kontrak, rekod perkhidmatan dan fail kakitangan.
Selain itu, jawatan ini melibatkan onboarding, orientasi, urusan pentadbiran pekerja serta sokongan kepada pekerja berkaitan hal ehwal HR. Faedah termasuk elaun makanan, parking, perjalanan, peningkatan gaji tahunan dan program pembangunan kerjaya.
1. Mengurus proses pengambilan pekerja dari pengiklanan jawatan sehingga pemilihan calon.
2. Mengendalikan dokumentasi pekerja termasuk kontrak, rekod perkhidmatan dan fail kakitangan.
3. Memastikan pematuhan terhadap polisi syarikat, Akta Kerja dan prosedur sumber manusia.
4. Menyelaras proses onboarding, orientasi dan urusan pentadbiran pekerja.
5. Mengurus pertanyaan serta memberikan sokongan kepada pekerja berkaitan hal ehwal sumber manusia.
6. Menyelaras dan menyelenggara rekod aset serta inventori syarikat.
7. Menyediakan surat rasmi, laporan dan dokumen berkaitan sumber manusia.
8. Membantu mengurus aktiviti, program dan operasi harian Jabatan Sumber Manusia.
9. Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan.