A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
Interconnect United Sdn. Bhd. menawarkan Program Jaminan Kerjaya tajaan Yayasan Pahang dengan penempatan kerjaya di Menara Exchange 106 @ TRX dan rangkaian rakan industri terkemuka.
Gaji pokok mengikut kelayakan: RM1,800–RM2,500 + elaun, sehingga RM4,500/bulan + OT. Latihan kelas fizikal & amali dijadualkan bermula 28 OKTOBER 2026 di Kuantan. Program ini menyediakan tajaan penuh yuran latihan kompetensi dan sijil industri, asrama transit, elaun telefon, makanan, serta pengangkutan; perlindungan
Adakah anda Anak Pahang yang mempunyai kelulusan SKM, Diploma, atau Ijazah Teknikal / Kejuruteraan / Penyelenggaraan / TVET?
Program Jaminan Kerjaya tajaan penuh Yayasan Pahang di bawah kelolaan Interconnect United Sdn. Bhd. (ICUSB) membuka peluang penempatan kerjaya berimpak tinggi di MERCU TANDA IKONIK NEGARA (Menara Exchange 106 @ TRX) serta Rangkaian Rakan Industri FM Terkemuka (KLCC, Merdeka 118, GFM, dll).
SKM Level 3: Gaji Pokok RM1,800 + Elaun = Pendapatan Kasar RM3,000 / bulan + OT
DIPLOMA: Gaji Pokok RM2,200 + Elaun = Pendapatan Kasar RM3,500 / bulan + OT
DEGREE: Gaji Pokok RM2,500 + Elaun = Pendapatan Kasar RM4,500 / bulan + OT
(Catatan: Calon yang mempunyai pengalaman sedia ada dalam bidang Pengurusan Fasiliti/Penyelenggaraan Bangunan akan ditawarkan jawatan & julat gaji yang setara dengan tahap kemahiran serta pendidikan).
TAJAAN PENUH LATIHAN: Yuran latihan kompetensi & Sijil Industri dibiayai penuh di bawah tajaan Yayasan Pahang (tiada sebarang caj bayaran dikenakan).
PAKEJ ELAUN MENARIK: Elaun Telefon Bimbit (Handphone Allowance), Elaun Makanan (Meal Allowance), dan Elaun Pengangkutan (Transport Allowance) disediakan mengikut tawaran majikan.
SOKONGAN PENGINAPAN: Kemudahan asrama transit disediakan bagi fasa latihan fizikal & sokongan penempatan awal di syarikat penempatan kerja.
KESIHATAN & KEBAJIKAN COMPREHENSIVE: Perlindungan Perubatan Penuh (Full Medical Coverage & Hospitalization), Caruman EPF, SOCSO, Kerja Lebih Masa (OT), Bonus Tahunan & Kenaikan Gaji Tahunan (Annual Increment).
LOKASI KERJA STRATEGIK: Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, Cyberjaya, Selangor & Mercu Tanda Utama.
Mempunyai SKM 3 / Diploma / Ijazah dalam bidang Kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrikal), Penyelenggaraan Bangunan, HVAC/ACMV, Mechatronics, atau berkaitan TVET.
BERSEDIA DAN BOLEH DITEMPATKAN BEKERJA di Kuala Lumpur / Selangor / Lembah Klang (Terutamanya di Menara Pencakar Langit TRX & Pusat Data) selepas tamat latihan.
Komited mengikuti latihan kelas fizikal & amali bermula 28 OKTOBER 2026 di Kuantan.
Juruteknik Paip, Saliran & Awam (Plumbing & Civil Maintenance)