Get a reply from this employer — a resume and cover letter tailored to exactly what they’re hiring for.
Semarak Majujaya Sdn Bhd mencari Pembantu Storekeeper untuk menyokong operasi Jabatan Pengeluaran. Tugas utama termasuk menerima barang, memunggah stok, dan menyusun stok mengikut susunan penyimpanan yang betul.
Calon perlu berimbang dengan arahan daripada penyelia, bekerja secara berpasukan, serta memastikan rekod stok sentiasa tepat. Perhubungan dengan Jabatan Pembelian dan Kewangan diperlukan bagi penyelesaian isu inventori.
Bertanggungjawab untuk mematuhi semua arahan daripada penyelia atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pengurus untuk memberikan latihan atau arahan berkaitan kerja harian/operasi Jabatan Pengeluaran serta bertindak sebagai Pembantu Storekeeper.
Mampu bekerja dengan pengawasan minimum dan boleh bekerja secara berpasukan.
Menerima penghantaran barang dan memastikan kuantiti serta kualiti barang adalah mengikut pesanan pembelian (Purchase Order).
Membantu memunggah dan menyusun stok yang diterima ke tempat penyimpanan yang sesuai serta memastikan penyimpanan mematuhi piawaian keselamatan.
Memastikan rekod tahap inventori/stok dikemaskini dengan tepat menggunakan sistem pengurusan inventori atau rekod manual.
Membantu menjalankan pemeriksaan stok secara berkala bagi mengenal pasti barang yang rosak, tamat tempoh atau tidak lagi digunakan serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bekerjasama dengan jabatan lain seperti Jabatan Pembelian dan Kewangan untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan pengurusan inventori.