A complete application in a minute — tailored resume and cover letter, ready to send.
Triple 7 Services Sdn Bhd memerlukan juruteknik automotif berpengalaman untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, menilai enjin, brek, tayar, suspensi dan sistem elektrik bagi mengenal pasti kerosakan.
Anda akan terlibat dalam penyelenggaraan berkala seperti minyak enjin, penapis dan penilaian cecair, serta pembaikan komponen seperti brek, alternator, starter, radiator dan bateri mengikut spesifikasi kilang, dengan fokus kepada kualiti kerja dan keselamatan.
i. Pemeriksaan Kenderaan (Vehicle Inspection): Memeriksa keadaan enjin, brek, tayar, suspensi, bateri, sistem elektrik, dan komponen lain untuk mengenal pasti sebarang kerosakan.
ii. Penyelenggaraan Berkala (Maintenance): Menjalankan servis berkala seperti menukar minyak enjin, penapis minyak, penapis udara, spark plug, serta memeriksa tahap cecair kenderaan.
iii. Pembaikan Komponen (Component Repair): Membuka, membaiki atau menggantikan komponen yang rosak seperti brek, alternator, starter motor, radiator, bateri, dan komponen enjin.
iv. Diagnosis Masalah (Troubleshooting): Menggunakan alat diagnostik dan pemeriksaan manual untuk mengenal pasti punca masalah pada sistem mekanikal dan elektrik kenderaan.
i. Ketelitian Tinggi: Memastikan setiap komponen diperiksa, dibaiki dan dipasang dengan betul mengikut spesifikasi kenderaan.
ii. Kemahiran Alatan: Mahir menggunakan pelbagai jenis alatan seperti spanar, socket, torque wrench, jack, multimeter dan alat diagnostik.
iv. Pengetahuan Automotif: Mempunyai pengetahuan tentang enjin, sistem brek, transmisi, suspensi, sistem elektrik dan sistem penyaman udara kenderaan.