Don’t send a generic resume — generate a resume and cover letter tailored to this exact role.
Maghfirah Kids Islamic Preschool mengundang anda sebagai pendidik penyayang yang mahu membentuk generasi berakhlak dengan ilmu dunia dan akhirat. Lokasi kerja berada di Taman Putra Kajang, Semenyih dan Bandar Seri Putra, dengan suasana kerja positif dan budaya Islami.
Anda akan terlibat dalam program pembangunan profesional bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Pengalaman minimum dua tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak diperlukan, serta keupayaan mengendalikan kanak-kanak prasekolah.
Adakah anda seorang pendidik yang penyayang, berdedikasi dan mahu membentuk generasi kecil berakhlak mulia dengan ilmu dunia & akhirat? Jom sertai keluarga Maghfirah Kids!
LOKASI : TAMAN PUTRA KAJANG, SEMENYIH DAN BANDAR SERI PUTRA
Suasana persekitaran yang mementingkan budaya kerja yang positif dan akhlak Islami
Program pembangunan profesional yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda.
Berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak minima selama dua (2) tahun.
Berkebolehan dan mahir dalam mengendalikan kanak-kanak prasekolah.
Berintegriti tinggi dan komited dalam kerja.
Mempunyai motivasi kerja yang tinggi, proaktif dan kreatif.
Berstamina tinggi dan sihat tubuh badan.
Mampu berkomunikasi dan menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa.
Memahami aspirasi dan matlamat pendidikan yang telah digariskan oleh Yayasan Maghfirah Education beserta Falsafah, Visi dan Misi yang telah dirangka oleh Maghfirah Kids Islamic Preschool.
Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan subjek yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Menghadiri mesyuarat, latihan, kursus yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Menguruskan aktiviti rutin pelajar semasa sesi daycare termasuklah makan, mandi dan tidur.
Melaksanakan tugasan lain yang diberi dari masa ke semasa.