Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
Histabest Aquatech Sdn Bhd sedang mencari calon berkelayakan untuk mengisi jawatan Chargeman A4 bagi operasi ternakan udang dan kemudahan berkaitan di Pekan, Pahang.
Pengendalian, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem serta pepasangan elektrik voltan rendah mengikut had kompetensi A4 ditetapkan Suruhanjaya Tenaga. Tugas termasuk pemeriksaan berkala panel elektrik, motor, pam air dan peralatan berkaitan kolam udang.
Histabest Aquatech Sdn Bhd sedang mencari calon berkelayakan untuk mengisi jawatan Chargeman A4 bagi operasi ternakan udang dan kemudahan berkaitan di Pekan, Pahang.
Mengendalikan, memeriksa dan menyelenggara sistem serta pepasangan elektrik voltan rendah mengikut had kompetensi A4 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala terhadap panel elektrik, papan agihan, motor elektrik, pam air, aerator (kincir air) dan peralatan elektrik lain di kawasan kolam ternakan udang serta kemudahan syarikat.
Mengenal pasti punca kerosakan elektrik, menjalankan kerja troubleshooting dan mengambil tindakan pembaikan yang bersesuaian.
Memastikan semua kerja elektrik dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan, peraturan dan keperluan Suruhanjaya Tenaga.
Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan sistem elektrik industri, panel elektrik, motor, pam air atau peralatan elektrik berkaitan.
Mempunyai pengetahuan dalam troubleshooting, preventive maintenance dan prosedur keselamatan elektrik.
Bertanggungjawab, berdisiplin, teliti serta mampu mengendalikan tugasan yang diberikan.
Bersedia bekerja di Pekan, Pahang.
Pengalaman bekerja dalam industri perkilangan, akuakultur, penternakan udang atau persekitaran industri berkaitan merupakan satu kelebihan.