Get a reply from this employer — a resume and cover letter tailored to exactly what they’re hiring for.
Facial Cat Sdn Bhd mencari editor video berbakat untuk kandungan pendek TikTok, Instagram Reels dan iklan Facebook. Anda akan mengedit video pendek dan menghasilkan 3–5 video seminggu, dengan fokus pada tarikh akhir dan kualiti kreatif.
Anda juga akan membuat penggambaran di cawangan, bekerja rapat dengan pasukan Marketing, dan memahami gaya kandungan serta selera penonton Malaysia. Kemahiran CapCut, Premiere Pro atau perisian setara adalah kelebihan.
Jawatan: Video Editor (Short-form Content)
Syarikat: Facial Cat Sdn Bhd
Lokasi: Bukit Mertajam
Jenis: Sepenuh Masa
Facial Cat ialah rangkaian salun rawatan muka dengan lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia. Video ialah nadi pemasaran kami, dan kami mencari editor berbakat yang tahu cara membuat penonton berhenti scroll!
Mengedit video pendek untuk TikTok, Instagram Reels dan iklan Facebook
Menghasilkan 3-5 video seminggu (sebelum & selepas, testimoni, tips penjagaan kulit, video trending)
Membuat penggambaran di cawangan (produk, rawatan, pelanggan)
Bekerjasama rapat dengan pasukan Marketing
Mahir menggunakan CapCut, Premiere Pro atau perisian penyuntingan yang setara
Faham gaya kandungan TikTok dan apa yang disukai penonton Malaysia
Kreatif, pantas dan boleh bekerja mengikut tarikh akhir
Selesa berada di depan kamera adalah satu kelebihan
Bonus untuk video yang mencapai sasaran tontonan
Persekitaran kerja yang muda dan menyeronokkan