Get more replies from employers
Send a job-specific resume in minutes.
Arus Komunikasi Sdn. Bhd. (AKSB) mencari teknikal pemasangan rangkaian untuk melaksanakan pemasangan kabel berstruktur serta splicing fibre optik di tapak projek di Lembah Klang.
Anda akan bertanggungjawab memasang dan menyelenggara perkakasan rangkaian, PABX, CCTV dan sistem persidangan video, sambil mengekalkan piawaian keselamatan dan kualiti kerja. Company vehicle disediakan untuk kerja tapak.
Syarikat: Arus Komunikasi Sdn. Bhd. (AKSB)
Lokasi Pejabat: Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Kawasan Projek: Lembah Klang / Outstation (mengikut keperluan projek)
Misi AKSB adalah membina hubungan profesional yang kukuh dengan pelanggan serta menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai, berkesan dan mampu meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti serta penjimatan kos. Pasukan AKSB mempunyai pengalaman luas dalam teknologi dan proses perniagaan, membolehkan perkhidmatan menyeluruh dari hujung ke hujung.