Enable job alerts via email!

TECHNICIAN

IJM Corporation Berhad

Kuantan

On-site

MYR 20,000 - 100,000

Full time

9 days ago

Boost your interview chances

Create a job specific, tailored resume for higher success rate.

Job summary

Sebuah syarikat kejuruteraan terkemuka di Malaysia sedang mencari individu berbakat untuk menyokong Jabatan Kejuruteraan Awam & Infrastruktur. Calon yang layak akan mempunyai diploma dalam Kejuruteraan Awam dan pengalaman dalam pengurusan projek pembinaan. Tugas termasuk menyelia kerja di tapak dan memastikan pematuhan terhadap spesifikasi teknikal. Peluang ini menawarkan ruang untuk pembangunan peribadi dan profesional dalam bidang kejuruteraan.

Qualifications

  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
  • Kemahiran dalam mendapatkan data ukur aras.
  • Pengalaman dalam penyelenggaraan bangunan dan kerja awam adalah diutamakan.

Responsibilities

  • Merancang dan menyelaras penyelenggaraan bagi fasiliti dan struktur bangunan.
  • Memantau dan menyelia pelaksanaan kerja di tapak mengikut spesifikasi.
  • Menyediakan dokumentasi harian seperti site diary dan laporan kemajuan kerja.

Skills

Pengurusan projek
Penyeliaan kerja
Kemahiran komunikasi
Pengukuran
Kemahiran komputer

Education

Diploma atau Sijil dalam Kejuruteraan Awam

Tools

Microsoft Word
Microsoft Excel

Job description

KELAYAKAN:

• Mempunyai Diploma atau Sijil dalam Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang setara.
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
• Berpengalaman dalam pengurusan projek pembinaan termasuk pengurusan kontrak dan penyeliaan tapak.
• Pengalaman dalam penyelenggaraan bangunan dan kerja awam adalah diutamakan.
• Berkebolehan dalam mendapatkan data ukur aras.
• Pengalaman dalam penyelenggaraan fasiliti (Pencegahan & pembetulan) seperti bangunan (struktur RC), jalan raya, infrastruktur, kerja-kerja pempaian, gudang (struktur keluli) merupakan kelebihan tambahan.
• Kemahiran teknikal dalam pengukuran, Bill of Quantity (BQ), interpretasi lukisan dan spesifikasi, serta penyeliaan kerja di tapak.
• Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan).
• Kemahiran komputer yang baik terutamanya dalam Microsoft Word dan Excel.

Peranan ini adalah untuk menyokong pelbagai tanggungjawab Jabatan Kejuruteraan Awam & Infrastruktur termasuk:

A. Di Pejabat:

  • Merancang dan menyelaras penyelenggaraan bagi fasiliti, peralatan dan struktur bangunan.
  • Menyediakan laporan berkala dan taklimat mingguan berkaitan status projek dan penyelenggaraan.
  • Menyusun dan menyelenggara dokumentasi projek secara sistematik (fail projek, dokumen tender, laporan tapak, dll).
  • Membantu dalam penyediaan dokumen tender termasuk penyediaan Bill of Quantity (BQ) dan lawatan tapak.
  • Menyediakan dokumen pembayaran kepada kontraktor.
  • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan merekod semua dokumen berkaitan projek dan penyelenggaraan.

B. Di Tapak:

  • Memantau dan menyelia pelaksanaan kerja di tapak mengikut spesifikasi teknikal, BQ, lukisan pelan, piawaian keselamatan dan jadual kerja.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas bahan binaan, kerja konkrit, kerja struktur, mutu kerja dan pematuhan terhadap spesifikasi.
  • Membuat pengukuran fizikal di tapak serta berkomunikasi dengan Eksekutif untuk pelaporan status kerja.
  • Menyediakan dokumentasi harian seperti site diary, Request for Inspection (RFI) dan laporan kemajuan kerja.
  • Menyelesaikan isu dan aduan pengguna berkaitan fasiliti, termasuk melalui sistem Ezy Civil.
  • Memastikan kontraktor melaksanakan taklimat keselamatan (toolbox briefing) dan memastikan dokumen HSE lengkap dan tersedia di tapak.
Get your free, confidential resume review.
or drag and drop a PDF, DOC, DOCX, ODT, or PAGES file up to 5MB.