Enable job alerts via email!
A logistics company in Kota Kinabalu is hiring a Store & Dispatch Officer. The ideal candidate will manage inventory and ensure timely delivery of goods. Responsibilities include overseeing stock management and maintaining accurate documentation. Qualified candidates should possess a valid driving license and have their own transport for delivery duties. This role offers a monthly salary ranging from RM1,700 to RM2,000.
PUZZLE ARK SDN BHD is hiring a Full time Storeworker Driver role in Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Apply now to be part of our team.
Job summary:
We're Hiring: Store & Dispatch Officer
Are you a reliable, organized, and hands-on individual with experience in inventory and delivery operations? Join our growing team as a Store & Dispatch Officer, where you’ll play a vital role in ensuring efficient stock management and timely delivery across our operations.
Location: JQ Central, Kota Kinabalu
Preference: Male with transport (car) for delivery duties
Male candidate with valid driving license and own transport (car) - for delivery use
Physically fit and able to handle goods
Basic knowledge of stock control and documentation
Responsible, punctual, and detail-oriented
Able to work independently and as part of a team
Interested candidates are encouraged to apply!
-----------------------------------------------------------
Pegawai Stor & Penghantaran (Store & Dispatch Officer)
Adakah anda seorang yang bertanggungjawab, teratur, dan berdedikasi dengan pengalaman dalam pengurusan inventori dan penghantaran? Sertai pasukan kami yang sedang berkembang sebagai Store & Dispatch Officer, di mana anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan stok yang cekap dan penghantaran yang tepat pada masanya dalam operasi kami.
Lokasi: JQ Central, Kota Kinabalu
Keutamaan: Lelaki dengan kenderaan sendiri (kereta) - untuk tugasan penghantaran
Tanggungjawab Utama:
Menerima dan memeriksa semua barang, bahan, bekalan dan stok yang diterima.
Merekodkan barang yang diterima dengan tepat dan mengemaskini rekod inventori.
Memastikan pelabelan, penyimpanan, dan susunan stok dilakukan secara sistematik.
Menyediakan stok berdasarkan permintaan yang diluluskan atau pesanan kerja.
Melakukan pemeriksaan stok secara berkala serta membantu dalam audit stok bulanan atau tahunan.
Memantau tahap stok dan memaklumkan kepada penyelia jika stok perlu ditambah.
Mengurus penyediaan, pengambilan dan pembungkusan barang/stok mengikut pesanan penghantaran atau lembaran kerja yang ditetapkan.
Menghantar barang ke cawangan, atau pelanggan mengikut jadual.
Memastikan semua dokumen penghantaran (contohnya, delivery order, invois) ditandatangani dan dikembalikan dengan segera.
Mengendalikan barang dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan semasa penghantaran.
Menjejak status penghantaran dan melaporkan sebarang isu atau kelewatan.
Memastikan penghantaran dilakukan tepat pada masa dan mengikut keperluan operasi.
Melaksanakan apa-apa tugasan penghantaran berkaitan dengan operasi syarikat.
Menyimpan rekod yang tepat bagi stok yang diterima, dikeluarkan, dan dihantar.
Menyusun dan memfailkan dokumen seperti delivery order, goods received note (GRN), dan borang pengeluaran stok.
Memastikan rekod inventori sentiasa dikemaskini (sama ada secara manual atau sistem digital).
Melaporkan sebarang ketidakpadanan, kerosakan, atau kehilangan stok dengan segera.
Menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan kawasan stor/gudang pada setiap masa.
Memastikan penyusunan, pelabelan dan penyimpanan dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kerosakan atau kekeliruan.
Mematuhi polisi keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan syarikat.
Membantu memuat dan memunggah barang apabila diperlukan.
Berkoordinasi dengan pasukan pembelian, jualan dan operasi berkaitan perancangan stok dan penghantaran.
Memberikan sokongan tepat pada masam kepada jabatan lain melalui pengeluaran stok dan perkhidmatan penghantaran yang cekap.
Berkomunikasi secara profesional dengan vendor, pelanggan, dan staf apabila diperlukan.
Memaklumkan kepada pasukan berkaitan tentang pergerakan stok, kekurangan, atau keperluan penghantaran segera.
Kelayakan:
Calon lelaki dengan lesen memandu yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri (kereta) untuk penghantaran
Sihat tubuh badan serta berkeupayaan mengangkat, memunggah, dan melaksanakan kerja-kerja fizikal yang berkaitan dengan pengurusan stok dan penghantaran
Mempunyai pengetahuan asas dalam kawalan stok dan dokumentasi
Bertanggungjawab, menepati masa dan teliti
Boleh bekerja secara berdikari dan dalam satu pasukan
Calon yang berminat digalakkan untuk memohon!